MERUJUK kepada beberapa kenyataan mutakhir yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai masalah Internet di Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pihaknya dalam beberapa bulan yang lalu ini telah mengambil pendekatan responsif dalam menangani isu kesalinghubungan di seluruh negara bagi memastikan bukan sahaja kesejahteraan penduduk adalah terjamin bahkan membantu merapatkan jurang digital antara sesebuah kawasan.
Sehubungan itu, isu kesalinghubungan yang berlaku di beberapa lokasi seperti Kampung Sapatalang dan Mengkapon di Pitas; daerah Kiulu di Tuaran, Sabah dan Kampung Kongsi 14, di Bukit Selambau, Kedah telah diberi perhatian serius dan disusuli dengan tindakan oleh MCMC. Antaranya, MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk menaik taraf rangkaian Internet di pusat internet komuniti berhampiran dengan Kampung Sapatalang kepada sambungan gentian optik selaju 300 megabit sesaat (Mbps) sekaligus memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk pelajar universiti, Veveonah Mosibin. Ini juga dilakukan dengan menaik taraf liputan kepada 4G dari 3G. Sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di Pitas dan Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan sebuah menara telekomunikasi di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan ketika ini sedang menunggu kelulusan pihak Kerajaan Negeri.
Sementara di Kiulu, tindakan memperluaskan liputan 4G sedang dilaksanakan di enam (6) lokasi utama iaitu di Pukak, Lokub, Mantob, Kitapol, Kampung Sinorut dan Kampung Gonipis beserta dengan gentian optik ke setiap menara. Usaha ini berjaya direalisasikan hasil kerjasama yang diberikan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau sebuah menara pemancar sementara didirikan bagi memberi liputan yang lebih baik di kawasan berkenaan. Usaha ini dicapai hasil kerjasama antara pihak MCMC, penyedia perkhidmatan, para penduduk serta Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Kedah, Yang Berhormat Wan Romani Wan Salim.
Selain usaha tadi, usaha proaktif dengan penganjuran Sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara (Makmal) yang berlangsung dari 13 Julai sehingga 14 Ogos lalu bermatlamat untuk mempertingkatkan tahap kesalinghubungan, kualiti pengalaman dan liputan Internet di seluruh negara. Selain itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk menghasilkan rangka kerja komprehensif bagi pembangunan infrastruktur digital negara untuk memenuhi keperluan mendesak dalam era norma baharu. Hasil daripada sesi makmal itu, Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA akhirnya telah dibangunkan.
Pelaksanaan JENDELA sedang dipantau rapi oleh Jawatankuasa Pelaksanaan JENDELA yang bermesyuarat setiap dua minggu dan kepada Jawatankuasa Pemandu JENDELA yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah setiap dua (2) bulan. Perkara tersebut juga dilaporkan dan diangkat kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat Pasca Kabinet KKMM yang berlangsung setiap minggu juga turut memantau pelaksanaan JENDELA.
Untuk mempercepatkan kelulusan di peringkat negeri, MCMC telah menjalankan pelbagai sesi libat urus bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri serta dengan pihak berkepentingan seperti pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penerangan (JaPen), sesi Media 101: Bengkel Maya JENDELA dan siri temu ramah di media massa oleh pegawai MCMC mengenai JENDELA untuk memberi pemahaman tentang JENDELA.
Untuk sasaran tahun 2020 ini, sebanyak 352,101 premis akan diliputi dengan rangkaian Gigabit. Setakat 31 Oktober, sebanyak 96.4% sasaran telah berjaya dilaksanakan. Manakala sebanyak 83.2% alat pemancar sedia ada yang disasarkan pada 2020 telah dinaik taraf untuk meluaskan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan 4G. Status sasaran-sasaran lain akan dibentangkan dalam Laporan Suku Pertama JENDELA pada pertengahan Disember ini.
MCMC sedar akan keperluan rakyat untuk mempunyai rangkaian Internet yang stabil dan keadaan tersebut bertambah signifikan susulan penularan pandemik COVID-19. Justeru, pihak MCMC bersedia menerima cadangan-cadangan membina yang boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengalaman terbaik kepada pengguna selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2021. Pihak MCMC juga bersedia memberi taklimat kepada mana-mana pihak yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang JENDELA serta status pelaksanaannya.
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC
Kenyataan Media
Thu Nov 12 2020
MCMC sedar akan keperluan rakyat untuk mempunyai rangkaian Internet yang stabil dan keadaan tersebut bertambah signifikan susulan penularan pandemik COVID-19.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Digi teruskan komitmen bantu pelanggan kekal terhubung semasa sekatan pergerakan penuh
Menjamin ketersediaan dan ketekalan perkhidmatan rangkaian khususnya di kawasan perumahan, serta pusat perubatan dan vaksinasi, jadi keutamaan.
Maxis tingkatkan usaha selain kesalinghubungan untuk komuniti terjejas banjir
Usaha mitigasi rangkaian dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan kesalinghubungan seperti meningkatkan platform peralatan dan pengunaan genset.
COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi
MCMC berkata pandemik COVID-19 juga telah mempercepatkan pembangunan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat dan pelaksanaan ekonomi digital.
MCMC ambil pendekatan responsif tangani masalah capaian internet seluruh negara
Isu kesalinghubungan yang berlaku di beberapa lokasi seperti di Pitas dan Tuaran di Sabah, serta Bukit Selambau di Kedah telah diberi perhatian serius dan disusuli dengan tindakan oleh MCMC.
Terbaik dalam fotografi dan kesalinghubungan: HUAWEI P40 kini boleh didapati di Celcom serendah RM49 sebulan!
Dengan kerjasama HUAWEI, Celcom menawarkan peluang hebat ini kepada pengguna untuk membeli telefon pintar siri P40 tanpa bayaran pendahuluan.
2020 lebih baik susulan pencapaian progresif pada 2019 - SKMM
SKMM dapat melaksanakan program dan inisiatif strategik tersebut walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, hasil usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak berkepentingan.
NFCP: RM21.6bil hanya anggaran, kesalinghubungan rakyat bakal meluas
NFCP menggaris strategi, sasaran dan tindakan yang akan memastikan ketersediaan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk negara.
K'jaan pertingkat kesalinghubungan di bandar, luar bandar - Ahmad Husni
Kerajaan sedang mempertingkat kesalinghubungan negara di kawasan bandar dan luar bandar sebagai sebahagian persediaan untuk masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.