awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC ambil tindakan perundangan ke atas Meta, gagal turunkan kandungan memudaratkan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
23/06/2023
02:30 MYT
MCMC ambil tindakan perundangan ke atas Meta, gagal turunkan kandungan memudaratkan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan perundangan ke atas Meta, syarikat induk Facebook kerana gagal menurunkan kandungan memudaratkan.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan perundangan ke atas Meta, syarikat induk Facebook kerana gagal menurunkan kandungan memudaratkan.
Tindakan itu bakal diambil susulan beberapa permohonan yang dikemukan MCMC bagi Meta untuk menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan, gagal diambil tindakan secukupnya.
Dalam kenyataan pada Jumaat, MCMC turut memaklumkan, maklum balas pihak Meta adalah sangat perlahan dan kurang memuaskan serta tidak setimpal dengan keseriusan isu itu yang mengundang kebimbangan dan penelitian awam.
Ia juga sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.
Jelas MCMC, tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan, termasuk juga aktiviti penipuan.
Kandungan memudaratkan berkenaan membabitkan elemen 3R iaitu kaum, Institusi Raja dan agama serta beberapa elemen lain iaitu penyamaran, judi dalam talian serta iklaniklan penipuan.
MCMC juga menjelaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian.
KENYATAAN MEDIA KEENGGANAN UNTUK BEKERJASAMA TURUNKAN KANDUNGAN MEMUDARATKAN DARIPADA PLATFORM: MCMC AMBIL TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP META#MCMC pic.twitter.com/uJ40YJOx7o
— MCMC (@MCMC_RASMI) June 23, 2023
Topic Berkaitan
#Facebook
#Meta
#MCMC
#tindakan perundangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan