KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan yang baik di seluruh negara untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata suruhanjaya akan merujuk kepada pelan tindakannya daripada pilihan raya negeri sebelum ini di Johor, Melaka dan Sarawak dalam usaha untuk menyediakan liputan yang baik pada PRU15.
"Sebaik sahaja kami mendapat butiran daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung lokasi pusat mengundi dan tempat pengiraan undi, kami akan membuat semakan liputan; dan jika ia lemah, kami akan bekerjasama dengan industri untuk menambah baik liputan.
"Semua pasukan kami di peringkat negeri akan bekerjasama untuk membuat semakan liputan dan itu menjadi keutamaan dari segi menyediakan liputan yang mencukupi dan baik untuk pusat mengundi dan pengiraan undi," katanya pada taklimat media mengenai prestasi Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada suku ketiga 2022 hari ini.
Mohd Ali Hanafiah berkata sehingga 30 Sept, 2022, purata kelajuan jalur lebar mudah alih berada pada 52.48 Megabit sesaat (Mbps) manakala median pada 30.65 Mbps.
Sebanyak 7.44 juta premis telah diluluskan dengan sambungan fiber berbanding sasaran Fasa 1 sebanyak 7.5 juta premis manakala jumlah liputan 4G sebanyak 95.82 peratus sehingga suku kedua 2022.
"Menjelang suku akhir dan berdasarkan pencapaian setakat ini, kami yakin kami dapat mencapai sasaran Fasa 1 JENDELA pada akhir tahun ini.
"Kebanyakan sasaran yang digariskan dalam Fasa 1 telah dicapai. Sasaran yang masih belum dicapai ialah pembinaan 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia untuk memperluas liputan 4G mudah alih di kawasan luar bandar dan pedalaman serta sambungan gentian optik kepada premis tambahan, iaitu kira-kira 62,000 premis yang masih belum selesai," katanya.
Mengenai prestasi pelaksanaan 5G, Mohd Ali Hanafiah berkata jumlah liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara telah mencapai 33.2 peratus setakat ini berbanding sasaran sebanyak 37.9 peratus menjelang akhir tahun.
Beliau berkata pada suku ketiga 2022, suruhanjaya telah membina 944 tapak 5G yang baharu atau 73.2 peratus daripada sasaran 1,290 tapak di seluruh negara pada suku tahun tersebut. Secara keseluruhannya, sebanyak 1,915 tapak daripada 3,518 tapak yang dirancang pada 2022 telah siap.
"Liputan 5G kini telah diperluaskan ke Perlis, Pahang dan Kelantan dengan menyiapkan empat tapak yang telah dibawa ke hadapan daripada pelan asal dalam sasaran 2023," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata MCMC telah menerima sebanyak 54,423 aduan mengenai rangkaian sejak 1 Jan 2022, dengan aduan bulanan pada 2022 secara perbandingan lebih rendah -- antara 24 peratus dan 88 peratus -- berbanding bulan sama pada 2021.
"Kami telah dapat menangani kebanyakan aduan dan jumlah aduan mengenai rangkaian pada suku ketiga 2022 telah menyaksikan pengurangan sebanyak 68 peratus berbanding suku ketiga 2021," kata Mohd Ali Hanafiah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Mohd Ali Hanafiah berkata suruhanjaya akan merujuk kepada pelan tindakannya daripada pilihan raya negeri sebelum ini di Johor, Melaka dan Sarawak dalam usaha untuk menyediakan liputan yang baik pada PRU15. - Bernama
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.
Ibu bapa perlu pastikan anak bawah 13 tahun tidak miliki akaun media sosial - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.