KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan meneliti serta menyelesaikan isu berhubung mutu serta kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebelum Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ini kerana perkara itu sentiasa dibangkitkan dan menjadi rungutan orang ramai memandangkan sukar mendapat akses internet di sesuatu kawasan atau tempat.
"Ada isu liputan dalam bangunan kerana beberapa peralatan perlu pasang dalam bangunan (untuk mendapat rangkaian) tetapi apabila berada di luar, pengguna dapat akses tetapi masuk dalam bangunan liputan itu kurang baik... maka, perlu ada kerjasama dalam kalangan syarikat telekomunikasi melalui MCMC, apakah kawasan yang perlu diberi keutamaan.
"Masalah (rangkaian) di lebuh raya sering kali mutu perkhidmatan (syarikat telekomunikasi) dibangkitkan orang ramai malah di sesetengah stadium ketika tonton bola sepak, aduan diterima tiada liputan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb ini dan menurut beliau isu kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi itu antara isu yang mahu diselesaikan secara pukal bagi kepentingan pengguna.
FAHMI-MCMC 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Bila bab bil (telefon) dibayar lewat (oleh pengguna) akan dipotong tetapi bila mutu perkhidmatan tidak ditepati kemahuan atau tahap yang boleh kita terima namun tiada kesan (kepada syarikat telekomunikasi)," katanya.
Selain itu, beliau berkata KKD juga memfokuskan untuk menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama di kawasan berpenduduk tiga peratus iaitu membabitkan kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli.
"Ini merupakan kawasan yang dari segi jaringan gentian bagi kebanyakan syarikat telekomunikasi berasakan kosnya adalah tinggi dan KKD sedang teliti beberapa cara termasuk penggunaan sistem internet satelit dan beberapa teknologi lain untuk menyelesaikannya.
"Ini amat penting kerana bagi saya supaya tiga peratus (kawasan berpenduduk) yang merangkumi 3,000 kawasan dengan jumlah penduduk dari 50 hingga lebih 100 orang ini dilibatkan dalam ekonomi digital," katanya.
Mengenai kenaikan harga sayur, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berhasrat untuk mewujudkan satu sistem data raya bagi menangani isu berkenaan.
"(Sistem ini) merangkumi apakah stok yang ada, berapakah jumlah bentuk tanaman yang ada di ladang dan apa yang ada di pasaran. Ini akan dapat membantu dari segi perancangan masa panjang dan saya percaya dalam masa terdekat, menteri berkenaan akan teliti isu ini untuk diselesaikan dengan cara terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Fahmi berkata, perkara itu sentiasa dibangkitkan dan menjadi rungutan orang ramai memandangkan sukar mendapat akses internet di sesuatu kawasan. - Gambar fail

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Halang MB Kedah: "Saya tidak pasti apa Sanusi maksudkan" - Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan wujud arahan rasmi melarang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terlibat dalam acara kerajaan Persekutuan.

Sebanyak 97 peratus kontrak DNB diperoleh secara bidaan kompetitif
Sehingga Disember tahun lalu sebanyak 215 kontrak dengan nilai keseluruhan RM7.8 billion telah ditandatangani oleh DNB.

Kerajaan komited terus perbaiki mutu perkhidmatan internet - Fahmi
Rangkaian Internet stabil dan pantas akan menyenangkan rakyat dan memberi manfaat yang banyak kepada sektor tenaga, minyak dan gas.

Malaysia berpotensi jadi peneraju hab digital di rantau Asia Tenggara - Fahmi
Malaysia berpotensi untuk menjadi peneraju hab digital pilihan di rantau Asia Tenggara bagi syarikat luar yang berasaskan teknologi pada masa akan datang.

KKD sokong usaha bawa masuk peralatan studio produksi maya
Membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri.

Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi
Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Pindaan dua akta berkaitan komunikasi bolehkan isu 3R ditangani - Fahmi
Ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Pengarah Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat
Pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang menerima ugutan bunuh selain keretanya disimbah cat dan bahan asid.

Ugut pengarah Mentega Terbang: Jangan ambil tindakan sendiri, luar batasan - Fahmi
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.