MCMC diarah teliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi - Annuar

Menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarah meneliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi dari sudut kejuruteraan dan keselamatan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman Twitter beliau malam tadi berkata satu kaedah audit keselamatan perlu diadakan berikutan insiden menara telekomunikasi tumbang.
"Saya memandang berat kes menara telekomunikasi tumbang. Soal keselamatan amat penting. Pihak berkuasa pastikan piawai dipatuhi sebelum diluluskan," katanya.
BACA: Jemaah surau terkejut bunyi dentuman menara telekomunikasi tumbang
Media sebelum ini melaporkan menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

