awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC kesan individu guna nama pengerusi hantar e-mel mencurigakan babit vendor antarabangsa

Bernama
Bernama
26/08/2021
10:30 MYT
MCMC kesan individu guna nama pengerusi hantar e-mel mencurigakan babit vendor antarabangsa
Terdapat individu dikesan menggunakan nama Fadhlullah Suhaimi menerusi alamat e-mel mencurigakan, yang antara lain mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun MCMC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel untuk melakukan urusan pemerolehan dan pembayaran, kepada vendor antarabangsa.
MCMC dalam kenyataan hari ini menyatakan, terdapat individu tertentu dikesan menggunakan nama pengerusinya menerusi alamat e-mel mencurigakan, yang antara lain mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun Suruhanjaya itu berhubung urusan seperti yang dinyatakan.
"Bagaimanapun, hasil penelitian yang dijalankan mendapati, e-mel itu tidak pernah dikeluarkan oleh Pengerusi MCMC. Perlu ditegaskan di sini bahawa alamat e-mel rasmi bagi kakitangan MCMC berakhir dengan nama domain mcmc.gov.my, dan bukannya nama domain lain.
"Pada masa sama, sebarang urusan rasmi Suruhanjaya (MCMC) akan dimaklumkan secara telus dan terbuka, dan bukannya melalui kandungan e-mel sebegini," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan e-mel yang mencurigakan, dan menggunakan nama seseorang pemimpin organisasi kerana berkemungkinan besar ia taktik penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kenyataan itu turut menasihati orang ramai untuk menghubungi pihak berkuasa bagi pengesahan selanjutnya, sekiranya tidak pasti mengenai kesahihan kandungan e-mel sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#pengerusi
#e-mel mencurigakan
#vendor antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan