CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menandatangani dan penukaran dokumen kerjasama dengan beberapa institusi tempatan dan global iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dan Agensi Nuklear Malaysia, dalam usaha merealisasikan pembangunan bakat digital dan pemerkasaan ekonomi digital menerusi kerjasama strategik.
Majlis memeterai dokumen kerjasama berkenaan yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus mencerminkan komitmen MCMC dalam meningkatkan pembangunan bakat dan keupayaan bagi memenuhi kapasiti industri komunikasi dan multimedia negara.
Di bawah kerjasama dengan UniKL, kerjasama tersebut bakal dijalinkan menerusi program pembangunan pentauliahan (micro credential) yang akan memberi peluang kepada golongan dewasa khususnya pekerja untuk menambah nilai kemahiran agar kekal relevan dalam kerjaya masing-masing.
Sementara itu, jalinan kerjasama dengan pihak MBOT dan Agensi Nuklear Malaysia pula memberi fokus dalam membangunkan program pensijilan berkaitan bidang teknologi, terutamanya dalam telekomunikasi dan penyiaran, keselamatan siber, pengkomputeran dan Medan Elektromagnet Frekuensi Radio (RF-EMF).
Dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada latihan kemahiran digital, MCMC turut memeterai kerjasama dengan Google untuk menyediakan biasiswa kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalani kursus dan mendapat Sijil Kerjaya Google di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Kursus yang disediakan termasuklah Sokongan IT, Automasi IT, Analisis Data, Reka Bentuk UX, Pengurusan Projek atau Pemasaran Digital dan E-dagang. Selepas selesainya menghadiri kursus-kursus tersebut, mereka akan mendapat Sijil Kerjaya Google di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Dengan adanya Sijil Kerjaya Google, ianya juga memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk memohon pekerjaan menerusi Konsortium Majikan oleh Google.
Pada majlis yang sama, Dato’ Mohd Ali Hanafiah turut mengumumkan penganugerahan DSRG kepada sembilan (9) penerima bagi kitar pertama tahun 2022. Kesemua sembilan (9) penerima anugerah terbabit dipilih daripada 183 pemohon geran yang telah melalui proses pemilihan yang ketat. Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh penerima anugerah DSRG mampu memberi input berharga kepada MCMC dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih jitu.
Sejak tahun 2008 lagi, MCMC telah menganugerahkan geran penyelidikan melibatkan dana sejumlah RM3.8 juta dan setakat ini, inisiatif berkenaan telah menghasilkan sebanyak 56 projek penyelidikan. Keprihatinan MCMC dalam perkara ini turut terserlah apabila pihak Suruhanjaya telah memberi komitmen untuk terus memperuntukkan sekurang-kurangnya RM200,000 setahun bagi geran penyelidikan.
Bersempena dengan majlis penganugerahan Geran DSRG itu juga, satu simposium bertemakan: Ke Arah Malaysia Yang Lebih Inklusif: Pandangan Penyelidikan Mengenai Implikasi Komunikasi Digital Terhadap Masyarakat turut dianjurkan dan menjadi platform bagi pihak akademia dan pihak berkepentingan lain untuk berbincang mengenai topik-topik penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh semua termasuk pihak universiti, agensi-agensi Kerajaan dan para pelajar.
Kenyataan Media
Tue Aug 30 2022

Majlis memeterai dokumen kerjasama berkenaan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus. - Foto Facebook/MCMC

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

MCMC sekat 1.8 bilion nombor panggilan 'scam' sejak 2017 hingga 2022 - Fahmi
Perkara itu diketahui hasil pertemuan dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.

Video lelaki laung azan semasa ritual bukan di Malaysia - MCMC
Hasil semakan MCMC, video berdurasi 2 minit 27 saat itu berasal dari luar negara dan ditularkan semula seolah-olah ia berlaku di Malaysia.

MCMC tangani isu capaian internet Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar
Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.

Menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di Kelantan selesai dibaiki - Fahmi
Sejumlah 100 menara telekomunikasi di Kelantan yang rosak akibat banjir telah selesai dibaiki serta berfungsi seperti biasa, kata Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil.

350 menara telekomunikasi terjejas banjir dinaik taraf sejak 2014
Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah menaik taraf sebanyak 350 menara telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir seluruh negara.

MCMC tidak pernah keluarkan mesej tuntut hadiah wang tunai
Jangan terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak sahih dan elak kongsi nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali.

Muhammad Azmi pengerusi interim baharu MCMC
Muhammad Azmi mengambil alih kepimpinan itu daripada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang menerajui jawatan tersebut sejak 10 Jun 2022.

Fahmi mahu DNB jelaskan mengenai capaian liputaN 5G
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum menentusahkan maklumat berkenaan.

Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.

Henti tular video tiga beradik maut akibat renjatan elektrik - MCMC
Langkah itu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan.