MALAYSIA
MCMC panggil Muhyiddin bantu siasatan kandungan TikTok isu subsidi RON95

Jelas MCMC, fokus siasatan adalah untuk mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan dan menegaskan bahawa ia tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap Muhyiddin. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi bekas Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yassin untuk merekodkan kenyataannya dalam siasatannya berhubung tuntutan subsidi RON95.
MCMC dalam satu kenyataan menjelaskan, fokus siasatan adalah untuk mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan dan menegaskan bahawa ia tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap Muhyiddin.
“Bagi melengkapkan siasatan, MCMC akan memanggil mana-mana individu yang berkaitan sekiranya perlu.
“Fokus siasatan adalah untuk mengesahkan konteks kandungan yang dimuat naik di akaun TikTok," jelas kenyataan itu..Jelas kenyataan itu lagi, siasatan tersebut tidak termasuk sebarang tuntutan atau dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.
Pada Selasa, Anwar dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau membaca laporan yang mendakwa Muhyiddin telah mempertahankan hak warga asing untuk mendapat manfaat daripada program rasionalisasi subsidi.
Susulan itu, Muhyiddin mengeluarkan penafian menerusi media sosial dengan mengatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.
Beliau juga mengulangi bahawa Perikatan Nasional sentiasa mengekalkan faedah subsidi harus mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami