BANGI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu unit khas bagi meneliti kes-kes berkaitan dengan isu 3R (kaum, agama, raja) yang sering dimainkan semasa tempoh kempen pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ia susulan data yang dikeluarkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung Pilihan Raya Umum ke-15; dan melihat kepada sebilangan besar isu 3R dimainkan dalam tempoh yang begitu singkat, ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan.
"Sebab itu saya percaya MCMC dan PDRM perlu menilai keperluan untuk mungkin menubuhkan unit khas... jenis politik terdesak yang menggunakan 3R semasa kempen (pilihan raya) ini tidak boleh dibiarkan berterusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Budaya dan Media Kontemporari (GLOCOM) 2023.
Fahmi turut meluahkan rasa kecewanya berikutan tindakan segelintir ahli politik yang menggunakan bahan 3R dalam kempen mereka, walaupun Raja-raja Melayu telah bertitah supaya kempen politik tidak menyentuh perkara mengenai 3R ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah mengingatkan semua orang supaya mengelak daripada sensitiviti 3R semasa tempoh berkempen untuk pilihan raya negeri akan datang.
"Mereka yang terus memainkan isu 3R, saya rasa akan berhadapan dengan undang-undang. Amaran telah diberikan, saya rasa amaran yang mencukupi telah diberikan, itu sebabnya malam tadi saya telah katakan, siap-sedialah untuk hadapi akibatnya," katanya.
Semalam Fahmi melahirkan rasa kecewa dan mengecam kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa pada satu ceramah (ceramah politik), Sanusi telah membuat kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Ketika ditanya mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mempertimbangkan akta baharu bagi mengenakan hukuman sivil terhadap mereka yang memainkan sentimen 3R, Fahmi berkata beliau menyambut baik cadangan itu.
Sementara itu merujuk kepada maklumat grafik mengenai bil barangan runcit yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) yang mendapat kritikan hebat, Fahmi berkata beliau telah bercakap dengan ketua pengarah jabatan itu Datuk Mohammad Agus Yusoff mengenai perkara itu dan ia akan diselaraskan dengan lebih baik pada masa depan.
Fahmi berkata beliau telah meminta jabatan itu memastikan kandungan yang dipaparkan kepada umum telahpun disemak berdasarkan angka-angka yang tepat, di samping naratif yang disasarkan untuk ditetapkan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.
"Saya telah menyemak dengan kedua-dua pihak; JKOM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan memastikan bahawa nombor yang ditunjukkan dalam grafik itu adalah betul, yakni dari segi fakta memang betul, namun aduannya ialah adalah o- tidak sensitif kepada isu (tone deaf).
"Saya setuju, saya rasa JKOM mungkin perlu melihat beberapa modus operandi dan memberi tumpuan terhadap beberapa aspek utama.. Kita akan adakah perbincangan dalaman selepas ini," katanya.
GLOCOM 2023 merupakan inisiatif Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk melaksanakan perkongsian strategik dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengukuhkan peranan IPPTAR sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan bagi anggota perkhidmatan dalam sektor komunikasi.
Persidangan dengan tema 'Cultivating Knowledge for the Future Communication' itu diselaraskan dengan prinsip dan matlamat konsep MADANI dalam mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur dan maju dengan menerima perubahan, menggabungkan pelbagai perspektif dan melaksanakan pembaharuan substantif menerusi kerjasama akademik dalam industri komunikasi.
GLOCOM 2023 berlangsung selama tiga hari dari 12 hingga 14 Julai secara hibrid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Persidangan Komunikasi Global, Budaya dan Media Kontemporari (GLOCOM) 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.