awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, polis siasat Sivarasa berhubung muat naik kandungan palsu

Bernama
Bernama
26/03/2016
03:52 MYT
MCMC, polis siasat Sivarasa berhubung muat naik kandungan palsu
Sivarasa telah berkongsi imej muka depan majalah TIME yang disunting di akaun media sosialnya. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa, kerana disyaki memuat naik dan berkongsi kandungan palsu di laman Facebook.
Menurut MCMC, berdasarkan aduan yang diterima, Sivarasa dikatakan telah berkongsi dalam laman Facebook milik beliau, muka depan majalah TIME yang diubah suai dengan menampilkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kapsyen 'No.2 Dalam Senarai Rasuah' sedangkan majalah tersebut tidak pernah menerbit kulit muka depan sedemikian.
Menurut MCMC, rakaman percakapan Sivarasa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam (25 Mac).
"Telefon bimbit dan kad sim milik beliau juga diperiksa dan menjalani proses analisis forensik," kata MCMC dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman Facebook suruhanjaya itu hari ini.
Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Denda sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan turut boleh dikenakan.
MCMC berkata suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tanpa mengira kedudukan atau status mana-mana individu sekalipun.
"MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya," katanya.
BACA: 'Letak gambar Najib disunting boleh buat rakyat melenting' - Bastien
Topic Berkaitan
#majalah TIME
#MCMC
#muka depan TIME disunting
#polis siasat Sivarasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan