awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook

Bernama
Bernama
09/01/2025
08:45 MYT
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). - Foto MCMC
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung akaun media sosial di platform Facebook yang didapati menyebarkan suatu hantaran palsu mengenai perdana menteri namun hasil siasatan mendapati kebanyakan akaun terbabit merupakan akaun palsu.
"Pihak MCMC telah mengenal pasti bahawa satu daripada akaun yang diadukan adalah akaun milik ADUN Sungai Burong, Selangor dan susulan itu, MCMC telah merakam percakapan ADUN berkenaan pada 7 Jan bagi membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," menurut MCMC.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan bersama PDRM, satu unit telefon pintar dan satu unit kad sim telah diminta untuk diserahkan sebagai bahan bukti kes bagi membantu siasatan serta analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti itu untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Justeru, MCMC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila memuat naik sebarang hantaran di media sosial dan memastikan maklumat yang disebarkan adalah benar dan sahih, bagi menjamin persekitaran dalam talian yang berintegriti dan selamat demi kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Rakam keterangan
#hantaran palsu
#Adun Sungai Burong
#Mohd Zamri Mohd Zainuldin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan