awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat gambar Jalur Gemilang tidak lengkap di Facebook Kwong Wah Yit Poh

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/04/2025
13:32 MYT
MCMC siasat gambar Jalur Gemilang tidak lengkap di Facebook Kwong Wah Yit Poh
MCMC telah memanggil pihak pengurusan media berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasmi organisasi berkenaan, hari ini.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan media berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasmi organisasi berkenaan, hari ini.
Menerusi satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan tindakan terhadap penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan jelik atau menyinggung.
“MCMC memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu ini, sekiranya perlu dan berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa sebarang perbuatan memuat naik atau menyebarkan kandungan yang mempersenda atau memaparkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan sensitiviti rakyat serta simbol negara.
“MCMC memberi amaran tegas kepada semua pihak, termasuk organisasi media dan orang awam, agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan sedemikian,” kata kenyataan itu lagi.
Tambah MCMC, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan.
Suruhanjaya itu turut mengulangi komitmen untuk memastikan penggunaan media digital di negara ini kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Kwong Wah Yit Poh
#MCMC
#Jalur Gemilang
#tidak lengkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan