awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat hantaran palsu berunsur perkauman berkaitan insiden di Ipoh

Bernama
Bernama
03/09/2025
02:40 MYT
MCMC siasat hantaran palsu berunsur perkauman berkaitan insiden di Ipoh
Menurut MCMC, hantaran terbabit adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. - Foto MCMC
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan dan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Mohd Hafez Sabri berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosial.
Menurut kenyataan MCMC hari ini, siasatan itu susulan hantaran yang dibuat mengenai insiden seorang wanita menaiki pentas semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.
"Sesi rakaman keterangan dan siasatan lanjut dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan hantaran terbabit adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
MCMC siasat hantaran ADUN Manjoi berkaitan insiden di Ipoh
"Penyebaran kandungan palsu berunsur perkauman merupakan perbuatan serius yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman awam.
"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#perkauman
#palsu
#ADUN Manjoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan