KOTA BHARU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah untuk menangani isu capaian Internet yang berlaku di perkampungan Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar di Gua Musang.
MCMC menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.
Kenyataan itu menyatakan lokasi kedua-dua perkampungan tersebut dianggarkan sejauh 300 kilometer (km) dari Kota Bharu dan akses untuk ke perkampungan tersebut agak sukar dengan melalui jalan tidak berturap dan berbukit sehingga 70km.
"Laluan ke Pos Balar juga telah terhalang disebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh sekali gus telah menyukarkan penghantaran bekalan diesel ke menara tersebut.
"Walaubagaimanapun pada 5 Jan lalu, menara telekomunikasi di Pos Balar sudah berjaya diaktifkan dan kembali beroperasi seperti sediakala," menurut kenyataan itu dan turut menyatakan beberapa solusi bagi penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan dan penelitian lanjut bagi masalah berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, MCMC telah berbincang dengan penyedia perkhidmatan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi melalui satelit (BWA) tersedia iaitu Numix Engineering Sdn Bhd dan pemilik menara pemancar CelcomDigi, bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
"Bagi penyelesaian jangka pendek, pihak Numix telah bersetuju dan komited untuk meningkatkan kuota penggunaan Internet percuma sedia ada dari 8 GB kepada 12 GB setiap bulan bagi setiap pengguna, dan telah dilaksanakan pada 7 Jan dan 8 Jan lalu.
"Sebagai langkah penyelesaian jangka sederhana yang akan disiapkan dalam suku kedua 2023, MCMC dan CelcomDigi merancang untuk menambah kapasiti 'backhaul Very Small Aperture Terminal' (VSAT) bagi setiap pemancar sedia ada di Kampung Tandrik, Pos Belatin, dan Pos Balar dari 4 Mbps kepada 10 Mbps secara sementara.
"Manakala, bagi penyelesaian jangka panjang pula, MCMC dengan kerjasama pihak CelcomDigi sedang meneliti pelan perancangan untuk membangunkan satu menara telekomunikasi berdekatan Kampung Orang Asli (KOA) Pos Bihai, dan satu lagi struktur pemancar di KOA Dakoh," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, menara berkenaan akan menggunakan 'backhaul' gentian optik sebagai penyelesaian tetap' bagi memastikan penduduk di kawasan-kawasan terbabit dapat menikmati perkhidmatan mudah alih dalam masa yang terdekat.
"Pihak MCMC akan terus memantau terhadap tindakan dan mengambil langkah susulan agar masalah capaian internet dapat ditangani dengan menyeluruh," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC, Melaka bekerjasama perluas kesedaran, tingkat penggunaan e-tunai
Inisiatif itu bagi memacu peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

Isu politik: Semak fakta melalui platform sahih - Fahmi
Fahmi Fadzil menyarankan orang ramai untuk membuat semakan fakta melalui platform disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kompaun lebih RM7 juta syarikat telekomunikasi gagal patuh standard kualiti perkhidmatan
MCMC mengeluarkan 170 kompaun bernilai RM7.47 juta sepanjang tempoh 2018 hingga 2022 kepada pemegang lesen syarikat telekomunikasi kerana gagal mematuhi standard kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.

KDN rampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran di sekitar Lembah Klang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Boleh berkarya di media sosial, cuma jangan sentuh sensitiviti 3R - Fahmi
Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R.

Rakyat berpeluang lapor aduan terus
Pada 2022, MCMC telah menyelesaikan sejumlah 140,050 iaitu 96 peratus daripada aduan yang diterima.

Inisiatif JENDELA terima pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah WSIS 2023
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan akhir pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sempena WSIS Forum 2023.

Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan Awesome TV.