KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 3,285 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu bagi tempoh 2020 hingga 31 Mei 2022.
Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata terdapat peningkatan aduan berita palsu berkaitan COVID-19 pada Mac 2020 namun MCMC mendapati trendnya semakin menurun menjelang 2021.
"Jenis berita palsu yang biasa disebarkan ialah mengenai penyamaran atau merosakkan reputasi.
"Orang ramai cenderung untuk membuat generalisasi mengenainya tetapi dari segi undang-undang sesetengah berita palsu ini boleh dikategorikan sebagai fitnah terhadap seseorang secara semula jadi," katanya dalam program terbitan Bernama TV, 'The Brief: The Current State of Fake News' di sini hari ini.
Zulkarnain berkata berita palsu juga termasuk tindakan menyamar sebagai individu terkenal atau individu terkemuka dalam politik, perniagaan atau perbankan sebagai menjalinkan usaha niaga pelaburan tertentu atau untuk digunakan sebagai cadangan pelaburan kepada individu terkenal.
Beliau berkata masyarakat perlu memahami bahawa kandungan berita palsu yang disebarkan itu itu mungkin dalam bentuk gambar dan ia boleh dikategorikan sama ada mengenai kejadian, fitnah atau berkaitan penyamaran.
Zulkarnain berkata MCMC akan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam penyediaan kandungan palsu dan berunsur mengancam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata tidak semua aduan mengenai berita palsu itu akan didakwa kerana pihak berkuasa menghadapi pelbagai cabaran dalam memerangi ancaman itu.
"(Menangani) berita palsu bukan sekadar mendakwa tertuduh di bawah undang-undang tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran kepada platform dan penyedia hos untuk menghapuskan kandungan atau berita palsu itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Terdapat peningkatan aduan berita palsu berkaitan COVID-19 pada Mac 2020 namun MCMC mendapati trendnya semakin menurun menjelang 2021. - Gambar hiasan
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.