awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC tidak pernah keluarkan mesej tuntut hadiah wang tunai

Bernama
Bernama
07/01/2023
05:26 MYT
MCMC tidak pernah keluarkan mesej tuntut hadiah wang tunai
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan sebuah syarikat telekomunikasi.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan sebuah syarikat telekomunikasi.
MCMC dalam kenyataan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya serta elak daripada memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali.
"Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain," menurut kenyataan itu.
Mesej atau e-mel yang tular itu antara lain mendakwa hasil pemantauan dijalankan Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.
Kandungan e-mel tersebut juga menyatakan kononnya transaksi dengan Maybank adalah sah dan boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#mesej tuntut hadiah
#wang tunai
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan