awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCTC gesa orang ramai tidak sokong premis benarkan pekerja merokok

Bernama
Bernama
20/01/2026
14:30 MYT
MCTC gesa orang ramai tidak sokong premis benarkan pekerja merokok
MCTC memaklumkan kajian perubatan terkini menunjukkan tiada tahap merokok yang selamat, termasuk merokok secara ringan atau sekali-sekala. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa orang ramai supaya tidak menyokong premis perniagaan yang membenarkan pekerja merokok sebagai satu bentuk tekanan sosial positif ke arah merealisasikan Malaysia bebas asap rokok.

Ringkasan AI
  • Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa orang ramai untuk tidak menyokong premis perniagaan yang membenarkan pekerja merokok sebagai langkah menuju Malaysia bebas asap rokok.
  • MCTC menyarankan agar pemandu e-hailing, teksi, dan penghantar makanan yang merokok dilaporkan menerusi sistem penarafan platform masing-masing bagi perkhidmatan yang lebih selamat dan profesional kepada pengguna.
  • Kajian perubatan menunjukkan bahawa tiada tahap merokok yang selamat, malah sedikit rokok sekalipun boleh menyebabkan kerosakan ketara pada paru-paru dan sistem kardiovaskular.

Setiausaha Agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah turut menyarankan agar pemandu e-hailing, teksi serta penghantar makanan yang merokok dilaporkan menerusi sistem penarafan platform masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selamat dan profesional kepada pengguna.
Beliau juga mengingatkan kepentingan pelaksanaan Pekeliling Perbendaharaan 4.1 yang menetapkan tanggungjawab pengawal keselamatan untuk menasihati serta menguatkuasakan larangan merokok secara berkesan di semua kawasan larangan.
"Larangan merokok adalah langkah kesihatan awam yang berasaskan sains, undang-undang serta tanggungjawab sosial bersama. Pematuhan semua pihak adalah kunci ke arah persekitaran yang lebih selamat, sihat dan bebas asap rokok untuk generasi kini dan akan datang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara itu, MCTC memaklumkan kajian perubatan terkini menunjukkan tiada tahap merokok yang selamat, termasuk merokok secara ringan atau sekali-sekala, malah doktor mengesahkan bahawa walaupun satu batang rokok sehari atau lima hingga enam batang sebulan sudah mencukupi untuk menyebabkan kerosakan ketara pada paru-paru dan sistem kardiovaskular.
"Walaupun tanpa gejala awal seperti batuk atau sesak nafas, kerosakan ini bermula pada peringkat salur darah dan berisiko membawa kepada penyakit serius serta kejadian mengancam nyawa.
"Sehubungan itu, orang awam diingatkan bahawa takrif 'kawasan' dan 'bangunan' bagi tempat larangan merokok adalah luas dan menyeluruh, selaras dengan Perintah Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan Atau Tempat Larangan Merokok) 2024," katanya.
Menurut kenyataan itu, beberapa platform e-hailing termasuk Grab Malaysia telah menetapkan dasar toleransi sifar terhadap merokok bagi pemandu dan rakan penghantar semasa tempahan atau penghantaran, dengan sebarang pelanggaran boleh membawa kepada penggantungan atau larangan kekal daripada platform.
Sementara itu, Presiden MCTC Prof Dr M.Murallitharan menegaskan pematuhan menyeluruh terhadap larangan merokok penting bagi melindungi semua pihak daripada bahaya asap rokok termasuk asap rokok terpakai dan terhidu toksik, mengurangkan kadar merokok serta membantu perokok berhenti, selain melindungi kanak-kanak daripada menormalisasikan tabiat merokok di tempat awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#sesak nafas
#MCTC
#tekanan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan