awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MDEC mahu buka pejabat di Silicon Valley

Bernama
Bernama
09/10/2013
08:50 MYT
MDEC mahu buka pejabat di Silicon Valley
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah memohon untuk membuka pejabat di Lembah Silikon (Silicon Valley), kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Badlisham Ghazali.
Beliau berkata permohonan yang dibuat kepada kerajaan itu adalah sebahagian daripada permintaannya dalam Belanjawan 2014 akan datang.
"Ini ialah untuk memudahkan hubungan sempadan bersilang atau antarabangsa untuk usahawan teknologi maklumat kita ke seberang laut dan kemudiannya membawa balik kepakaran dan kompetensi diperlukan ke dalam negara," kata Badlisham dalam persidangan akhbar selepas Persidangan Awan MSC Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata MDEC telah pun mempunyai wakil antarabangsa di Lembah Silikon serta di Jepun, London dan Asia Tenggara untuk membawa masuk pembeli ke Malaysia.
"Kami turut memasukkan ke dalam cadangan kami satu inisiatif data sebagai sebahagian daripada permintaan untuk Belanjawan 2014," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Badlisham Ghazali
#MDEC
#Perbadanan Pembangunan Multimedia
#Silicon Valley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan