Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media bukan arus perdana tidak seharusnya menggunakan kebebasan berkarya hingga meruntuhkan negara.
Beliau berkata gesaan ini bukan kerana ingin menyekat kebebasan tetapi sekadar ingatan bahawa pentingnya untuk mengendalikan organisasi media dengan penuh rasa bertanggungjawab terhadap negara dan kepentingan rakyat.
Wartawan perlu sentiasa bertanggungjawab atas segala tulisan dan pada masa yang sama memperkukuh dan meningkatkan identiti serta jati diri, katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2014, di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid berkata media bukan arus perdana boleh mencontohi etika kewartawanan yang ditunjukkan media arus perdana dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat perbezaan.
"Pada hemat saya, mereka yang berada dalam dunia kewartawanan maya ini harus belajar dari etika kewartawanan media perdana.
"Walaupun berbeza pendapat, mereka (arus perdana) tetap menulis dan sampaikan dengan menjaga etika kewartawanan dengan baik. Itulah yang harus dijadikan contoh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.
Beliau menegaskan perbezaan pendapat perlu diselesaikan dan ditangani dengan baik, tatasusila dan kebijaksaan supaya nilai-nilai harmoni dan etika dapat dijaga tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau mengingatkan pengamal media supaya tidak menjadi penyampai mesej yang mengadu-domba, memesongkan isu dan menimbulkan kacau bilau selain 'kering jiwa' serta tidak nasionalistik.
Katanya ada usaha sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini melalui media baharu untuk menggambarkan Malaysia sebagai kucar-kacir, porak-poranda dan sebuah negara yang gagal.
Selain itu, katanya, "perbicaraan media tentang betul atau salah seseorang" semakin meningkat kebelakangan ini dan ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak beretika.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada bekas Ketua Pengarang Bernama, yang juga bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee, dan wakil bekas Pengarang Bersekutu The New Straits Times, Allahyarham Zainon Ahmad.
Anugerah itu sebagai menghargai sumbangan dua wartawan veteran itu dalam bidang kewartawanan tanah air sejak empat dekad lalu
Pada majlis itu, hadiah wang tunai RM30,000 serta sijil penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia 2015 diberikan kepada Ahmad Rejal dan ahli keluarga Allahyarham Zainon.
Antara wartawan veteran yang pernah menerima anugerah berkenaan ialah Tan Sri A.Samad Ismail, Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Mazlan Nordin, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Liew Chen Chuan.
Ahmad Rejal adalah antara pengamal media awal yang meneroka konsep media dwibahasa dan juga antara kakitangan pengasas BERNAMA.
Sementara itu, Allahyarham Zainon yang menerima anugerah berkenaan secara posthumus dikenali sebagai kolumnis yang sering melontarkan pandangan kritikal dalam usaha untuk menyatukan negara.
Bernama
Thu Sep 10 2015

Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2014, pada Khamis - Foto BERNAMA

DJ Dave kembali dengan 'Meriah Syawal' selepas 48 tahun
Selepas hampir lima dekad, penyanyi legenda Datuk DJ Dave kembali menghangatkan suasana Aidilfitri dengan lagu baharu berjudul Meriah Syawal.
Prestasi S&P 500: Sehingga 27 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Wall Street merosot akibat kebimbangan tarif; saham Nvidia dan Tesla menjunam
Pasaran saham Amerika Syarikat jatuh mendadak pada Rabu susulan kebimbangan tarif baharu ke atas import automotif. Saham Nvidia dan Tesla mengalami kejatuhan ketara ketika pelabur menunggu pengumuman dasar tarif oleh Presiden Donald Trump.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mac 2025
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian saham telekomunikasi, pengguna.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mac 2025
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS dalam ketidaktentuan global.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pembukaan Rabu? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pembukaan Rabu? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Persidangan pelaburan ASEAN tumpu peluang pertumbuhan
Dijangka 400 peserta dari negara anggota ASEAN dan rantau ASEAN+3 (China, Jepun, Korea Selatan) akan dihimpunkan dalam persidangan ini.

M K Land kongsi semangat kebersamaan, inspirasi sepanjang Ramadan
Siri Jelajah Ramadan beri peluang kepada M K Land berkongsi rezeki dengan lebih 250 anak yatim, tahfiz.
QR Pay: Pemacu PKS ke peringkat global
Dari pembayaran rentas sempadan hingga menerima transaksi langsung dari luar negara, bagaimana peluang baru ini membuka jalan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia untuk berkembang di peringkat antarabangsa? Bersama Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Chris Daniel Wong berkongsi tentang pemerkasaan PKS ke pasaran antarabangsa.
Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Tesla mengumumkan bahawa syarikat itu akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan.
Hyundai umum pelaburan AS$21 bilion di Amerika Syarikat untuk tingkatkan pengeluaran
Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan oleh bilionair Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperkukuh operasi pembuatan.

Media alternatif patut contohi arus perdana, jangan salah guna kebebasan - Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media bukan arus perdana tidak seharusnya menggunakan kebebasan berkarya hingga meruntuhkan negara.