Gergasi media tanah air, Media Prima Berhad mengumumkan bakal melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya susulan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini lebih-lebih lagi akibat pandemik COVID-19.

Ia merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian.

"Inisiatif-inisiatif ini akan melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketakcekapan kos yang timbul dari pertindihan kerja.

"Transformasi perniagaan ini bertujuan menjadikan kumpulan sebagai model perniagaan yang mantap dan mampan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, Media Prima akan memastikan pekerja yang terjejas menerima pakej pampasan yang adil dan saksama.

Tambahnya, sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, Media Prima akan memastikan pekerja yang terjejas menerima pakej pampasan yang adil dan saksama.

"Ia tertakluk kepada undang-undang dan perjanjian kolektif kesatuan masing-masing yang akan dibayar setelah memenuhi semua syarat perundangan yang diperlukan," jelasnya.