awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial dibanjiri perkongsian hujan berterusan, ribut tropika Senyar jadi tumpuan

Faida Rahim
Faida Rahim
28/11/2025
00:15 MYT
Media sosial dibanjiri perkongsian hujan berterusan, ribut tropika Senyar jadi tumpuan
Hujan yang dilaporkan turun tanpa henti di banyak lokasi sejak awal pagi menimbulkan kebimbangan orang ramai seterusnya mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. - Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan sejak awal pagi di pelbagai lokasi seluruh negara mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, yang mengaitkannya dengan kehadiran ribut tropika Senyar di rantau Asia Tenggara.

Ringkasan AI
  • Ribut tropika Senyar mendekati perairan Malaysia, mengundang hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di bahagian barat dan tengah Semenanjung.
  • Pengguna media sosial melaporkan hujan berterusan serta angin kencang di pelbagai lokasi, seperti Melaka, Banting, Kajang, dan Shah Alam.
  • Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan memantau perkembangan cuaca terkini melalui pelbagai saluran maklumat yang disediakan.

Rata-rata pengguna berkongsi keadaan cuaca di kawasan masing-masing, termasuk hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak semalam.
Di laman sosial Threads, pengguna @syazanadzirahnizar melaporkan hujan tidak berhenti di Melaka sejak petang semalam.
pengguna Syazanadzirahnizar memaklumkan bahawa hujan di Melaka tidak berhenti sejak petang semalam dan bertanya sama ada terdapat kawasan yang sudah dinaiki air. Puteri Syafiqah turut berkongsi bahawa angin kuat dan hujan berlaku di sekitar Melaka.
pengguna Syazanadzirahnizar memaklumkan bahawa hujan di Melaka tidak berhenti sejak petang semalam dan bertanya sama ada terdapat kawasan yang sudah dinaiki air. Puteri Syafiqah turut berkongsi bahawa angin kuat dan hujan berlaku di sekitar Melaka.
Seorang lagi pengguna, @puterisyafiqah, turut berkongsi keadaan cuaca di kawasan sama.
Puteri Syafiqah pula memaklumkan, “Angin kuat dan hujan area Melaka,".
Puteri Syafiqah pula memaklumkan, “Angin kuat dan hujan area Melaka,".
Shaidatul Akma menyatakan angin kuat melanda kawasan tersebut dan berharap semua berada dalam keadaan selamat.
Shaidatul Akma menyatakan angin kuat melanda kawasan tersebut dan berharap semua berada dalam keadaan selamat.
Di Kajang pula, Suhailaramli memaklumkan hujan turun sejak pagi semalam secara berselang-seli, manakala Nessu dari Shah Alam menulis: “Seksyen 13 masih hujan dan tidak lagi berhenti.”
Di Kajang pula, Suhailaramli memaklumkan hujan turun sejak pagi semalam secara berselang-seli, manakala Nessu dari Shah Alam menulis: “Seksyen 13 masih hujan dan tidak lagi berhenti.”
Sementara itu, @shaidatulakma dari Banting memaklumkan keadaan angin kencang yang membimbangkan.
“Angin kuat betul dekat Banting. Tempat korang macam mana? Ya Allah, moga baik-baik je semua.”
Pengguna @syhiryusof yang turut berada di Banting mengesahkan situasi sama.
“Kita pun kat area Banting ni, sampai sekarang hujan angin tak berhenti.”
Di Kajang, @suhailaramli melaporkan hujan turun secara berselang-seli sejak pagi semalam, manakala @nessu dari Shah Alam menulis:
“Seksyen 13 masih hujan dan tidak lagi berhenti.”
Ribut Tropika Senyar Hampiri Perairan Malaysia
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, ribut tropika Senyar yang terbentuk di utara Sumatera kini menghampiri perairan Selat Melaka.
Fenomena ini dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di beberapa negeri di bahagian barat dan tengah Semenanjung.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ribut tersebut dikesan pada koordinat 3.6°U 99.9°T, kira-kira 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, saluran media sosial rasmi, atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk maklumat lanjut dan amaran terkini.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#media sosial
#Threads
#ribut tropika Senyar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan