Skip to main content

Malaysia

Media sosial punca anak muda biadab - Nazri Aziz

61364291786_295x200.jpg
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyokong tindakan tidakan tegas  pihak berkuasa  terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan keharmornian dan kebudayaan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai mencemar budaya Malaysia.

Sambil merujuk kepada penggunaan media sosial baru, Mohamed Nazri berkata, generai muda terutamanya, begitu lantang bersuara tanpa sedar mengguris hati dan perasaan pelbagai pihak hingga mengundang kemarahan rakyat.

“Kita lihat hari ini sikap anak-anak muda, kita dari segi mereka uruskan Facebook sebenarnya telah banyak jejaskan budaya kita,”

“Rakyat Malaysia yang terkenal dengan semangat budi bahasa, terjejas dengan wujudnya Facebook,” kata beliau.

Mengakui ia adalah salah satu cabaran proses asimilasi, beliau mengajak semua pihak berganding bahu, memberi sokongan dalam menjaga kehamornian dan kebudayaan negara.

“Untuk pastikan kalau ada perkara yang dilanggar di bawah Akta SKMM atau Akta Hasutan , kita ambil tindakan terhadap mereka. Sebenarnya untuk memelihara kesopan santunan rakyat, kita tiada pilihan melainkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang kurang ajar dan biadab,” tegasnya lagi.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika berucap semasa membuat kunjungan pertama ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini.

Ibu bapa  memainkan peranan paling penting dalam memastikan anak-anak tidak terjerumus dalam hal yang boleh menggugat keharmonian negara.

Advertisement

Must Watch Video