awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial: Ramai tidak setuju pengasingan fungsi klinik dan farmasi

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
24/02/2015
11:02 MYT
Media sosial: Ramai tidak setuju pengasingan fungsi klinik dan farmasi
Ramai tidak setuju pengasingan fungsi klinik dan farmasi.
Pengasingan klinik dan farmasi merupakan perbincangan hangat di platform Facebook dan Twitter Astro Awani.
Pelbagai pandangan diberikan orang ramai mengenai isu ini kerana setiap perubahan akan memberi impak kepada pengguna dan ia juga pilihan pengguna untuk ke terus ke farmasi atau klinik.
Ada yang bersetuju kerana ia satu yang positif untuk perkembangan industri farmaseutikal.
Bagi Amir Mahmood Razak, ia merupakan satu pengurusan yang baik buat kerajaan kerana ia dapat mengurangkan penyimpanan stok ubat-ubatan di hospital.
Ia juga boleh memajukan industri perubatan runcit seperti internet mengubah perbankan untuk pelanggan.
Komen Facebook Amir Mahmood Razak.
Komen Facebook Amir Mahmood Razak.
Alongmisha pula bersetuju kalau ia dapat menjimatkan kos perubatan dan juga pengguna ada pilihan untuk ke farmasi atau klinik.
@501Awani kalau ini dapat menjimatkan kos atau fee perubatan. Mengapa tidak boleh dilakukan. Atau pilihan. Samada farmasi atau klinik
— alongmisha (@alongmisha) February 24, 2015
Pluviophile pula bersetuju kerana ahli farmasi dapat mempratikkan apa yang dibelajar mereka secara total dan ia juga dapat mengelak doktor daripada menjual ubat-ubatan dengan mahal. Bagaimanapun, farmasi mestilah dibuka 24 jam.
@501Awani wajar sbb pharmacist blh apply bnd yg diorg bljr dgn total!and avoid doc yg amik kesempatan jual ubat dgn harga mahal.should 24/7.
— Pluviophile (@Trimipramine) February 24, 2015
Sementara K-O berasa ia wajar bagi mengekang penjualan ubat sebagai perniagaan tambahan doktor kerana kadangkala preskripsi doktor dan farmasi jauh berbeza.
@501Awani wajar. Bagi mengekang penjualan ubat sebagai perniagaan tambahan doktor. Kadangkala preskripsi doktor dan farmasi jauh berbeza
— K-O (@mynameisk0) February 24, 2015
Bagi yang tidak bersetuju, mereka menganggap ia menyusahkan.
Abdul Malik Murshid yang merupakan seorang doktor tidak bersetuju dengan cadangan itu berdasarkan pengalaman belajar di luar negara, kaedah itu menyusahkan.
Komen Facebook Abdul Malik.
Komen Facebook Abdul Malik.
Nadia Li, Najib dan Pandaphiler juga menganggap ia satu yang menyusahkan kerana pesakit perlu ke dua destinasi untuk mendapatkan rawatan.
@501Awani tidak wajar. knp perlu menyusahkan pesakit perlu ke 2 destinasi utk mendptkn rawatan. ia sepatutnya dipermudahkan bkn merumitkan.
— Nadia Li (@DearNadia_) February 24, 2015
@501Awani sangat tak wajar.. Menyusahkan.. Jmpe dokter kt lain.. Pastu kene carik drug store plak mcm kt obersea..
— Najib Bakar (@benthoods) February 24, 2015
@501Awani tak patut. Sbb nanti kalau farmasi bg salah ubat, nk kna refer doktor blik, leceh
— Pandaphiler (@Pandaphiler) February 24, 2015
Shahnon Salleh turut berasa ia tidak wajar dan tidak praktikal kepada pengguna melainkan klinik dan farmasi bersebelahan.
@501Awani Amat tidak wajar! Tidak praktikal dan menyusahkan pengguna. Melainkan jika di semua tempat, klinik & farmasi bersebelahan.
— Shahnon Salleh (@shahnonsalleh) February 24, 2015
Akhir sekali, Jentayu berpendapat ia masih belum wajar dilaksanakan selagi pengamal perubatan tempatan tidak setaraf dengan negara maju yang lain.
@501Awani masih blum wajar.. Selagi Gp di Malaysia blum setaraf negara maju.. Selagi itu 2 sistem blum patut dilaksanakn
— Jentayu (@JentayuFN) February 24, 2015
Topic Berkaitan
#Klinik vs Farmasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan