Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk berpegang janji memberi subsidi 50 peratus sekiranya mereka mahu menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 untuk 57 bandar utama di negara ini.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, keputusan kerajaan yang meminda jumlah kenaikan gaji sebanyak tiga kali dalam masa setahun itu, dilihat tidak rasional, dan membebankan para majikan.
Selain itu, katanya lagi, kajian mendapati kenaikan kepada RM1,200 itu hanya memberi kesan positif kepada sekitar 1.5 juta pekerja asing di negara ini, dan ia tidak akan membantu meningkatkan kadar perbelanjaan domestik.
“Kami telah membuat kiraan pantas, dan kami dapati 1.5 juta pekerja asing di negara ini yang akan menerima kesan secara langsung dari pindaan ke atas gaji minimum ini. Kita harus ingat, kesan kenaikan ini bukan semata-mata ke atas gaji minimum sahaja, tetapi juga bayaran kerja lebih masa dan sebagainya.
"Jadi katalah setiap RM100 kenaikan, ia akan beri kesan RM130 kepada majikan kerana faktor bayaran kerja lebih masa itu. Ini adalah kiraan konservatif. Dan kalau kita pertimbangkan kiraan ini ke atas 1.5 juta pekerja asing, ia akan mengakibatkan kos tambahan RM2.5 bilion,” katanya kepada sidang media, di sini hari ini.
Jelas Shamsuddin lagi, semua pihak harus ingat RM2.5 bilion itu tidak akan dibelanjakan di dalam negara, sebaliknya pekerja asing ini akan menghantar wang gaji mereka ke negara asal masing-masing.
Perkara 34 Manifesto Pakatan Harapan menyebut - "Kerajaan Pakatan Harapan akan berkongsi 50 peratus daripada kos ini dengan majikan."
Namun ia jelas tertera, subsidi itu boleh dilaksanakan selepeas Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menaikkan gaji minimum ke RM1,500 dalam penggal ini.
Sementara itu, Shamsuddin berkata, adalah lebih baik kenaikan itu, yang sepatutnya bermula 1 Januari ini, ditunda dahulu sehingga kesemua pihak berkepentingan dapat mencari jalan penyelesaian.
Ujarnya lagi, MEF akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia esok bagi membentangkan kertas cadangan mereka supaya ianya dapat dipertimbangkan.
Firdaus Azil
Mon Dec 23 2019
Presiden MEF Shamsuddin Bardan berkata, adalah lebih baik kenaikan gaji minimum itu, yang sepatutnya bermula 1 Januari ini, ditunda dahulu sehingga kesemua pihak berkepentingan dapat mencari jalan penyelesaian. (Shahir Omar/Astro AWANI)
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Tambah baik PWM, tidak perlu tinggal gaji minimum - MTEM
Kerajaan harus menetapkan matlamat jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar.
Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Cuepacs telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Anwar.
KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara
SPK dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Pencen Sumbangan Tambahan.
BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.
Pembayaran gaji minimum RM1,500 mampu tingkat kesejahteraan hidup pekerja
Pembayaran gaji minimum juga mampu meningkatkan kualiti kehidupan pekerja seperti mengatasi masalah kualiti makanan.