Pengendali Perak, Mehmed Durakovic tidak bimbang walaupun pasukan bimbingannya masih buntu memburu kemenangan sulung selepas sekadar terikat 1-1 dengan Kedah dalam aksi kedua Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Perak, Jumaat malam.
Beliau berkata saingan liga baru sahaja bermula selain pasukan yang ditentang Perak seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah sebelum ini merupakan antara pasukan pilihan dalam memburu kejuaraan.
"Masa masih panjang dan banyak lagi perlawanan yang perlu kita harungi untuk kempen liga musim ini, jadi saya rasa tidak ada perkara perlu dibimbangkan.
"Kalau lihat aksi sebelum ini, kita kalah kepada Johor Darul Ta'zim yang diketahui dibarisi pemain tempatan dan import berkualiti. Begitu juga Kedah, yang dianggap antara pasukan pilihan memburu kejuaraan," katanya pada sidang media di Stadium Perak di sini malam tadi.
Dalam aksi dihadapan lebih 20,000 penonton, skuad The Bos Gaurus berjaya mencetak jaringan pada minit ke-18, hasil rembatan Brendan Gan daripada luar kotak penalti yang berjaya memerangkap penjaga gawang Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.
Namun kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila pertahanan import Kedah, Renan Da Silva berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil rembatan daripada situasi kelam kabut dihadapan gawang gol Perak.
Mengulas mengenai persembahan keseluruhan anak buahnya, Mehmed berkata Perak berhak memenangi perlawanan berkenaan, namun kegagalan barisan serangan menyempurnakan beberapa peluang terhidang menidakkan hasrat tersebut.
"Apa pun saya berbangga dengan aksi dan komitmen yang ditampilkan oleh setiap pemain dalam perlawanan ini," katanya.
Sementara itu, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata beliau berpuas hati dengan semangat juang yang ditampilkan anak buahnya meskipun gagal untuk meneruskan momentum kemenangan di tempat lawan.
Beliau berkata ini kerana Perak merupakan lawan yang sukar selain merupakan juara Piala Malaysia bagi musim lalu.
"Bagi saya, ini satu keputusan yang baik dicatatkan para pemain walaupun sekadar membawa pulang satu mata. Pujian juga harus diberikan kepada para pemain kerana berjaya mengekang asakan daripada barisan serangan pasukan Perak," katanya.
Mengulas aksi menentang Felda United pada 16 Feb ini, Aidil berkata, beliau akan memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam pasukan selain fokus untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 09 2019
MEHMED: Walaupun sekadar membawa pulang satu mata, bagi saya, ia satu keputusan yang baik. - Gambar fail
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.