awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2025
00:15 MYT
Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Trend bulan madu di Mekah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa. Gambar kecil: Ahmad Junaidi. - Foto Sinar Harian
MEKAH: Trend bulan madu di Mekah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.
"Bagi pandangan saya, boleh buat pakej bulan madu sambil umrah, namun seeloknya dielakkan.
"Hal ini kerana tujuan utama menunaikan umrah adalah untuk beribadah di mana Mekah dan Madinah adalah tempat untuk penyucian jiwa," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan di sini.
Menurut Ahmad Junaidi yang sudah berpengalaman selama lapan tahun sebagai mutawif, jika ia dilakukan kerana trend dan bukannya untuk mengambil keberkatan maka tidak sesuai.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Junaidi berkata, pendedahan awal terdapat ibadah umrah perlu pada usia muda.
Katanya, sebagaimana Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang memberi peluang kepada golongan muda untuk mengenali dan menambah ilmu berkaitan agama Islam di samping penyucian jiwa.
"Sesetengah orang tidak terfikir tentang perkara ini, tunggu sudah berusia baru hendak ke Mekah.
"Saya berharap dengan program ini dapat menjadi contoh serta membuka minda para peserta untuk menjadi anak muda yang hebat, serta faham tentang agama," kata beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#umrah
#Tanah Suci
#bulan madu
#mutawif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan