Seorang mekanik mendakwa dipukul beberapa anggota polis sehingga mengalami kecederaan serius selepas dia dipanggil untuk membantu siasatan kes.
Kejadian dikatakan berlaku apabila dia dan rakannya yang sedang mengecat motosikal dihampiri sebuah van polis menyebabkan mereka melarikan diri kerana terkejut.
Kedua-dua mereka, bagaimanapun berjaya ditangkap, tangan digari dan mendakwa dipukul beberapa kali sebelum dibawa menaiki van.
Menurut Muhammad Zul Farhan Zulkifli, 23, ketika di dalam van dia mendakwa dibaringkan di atas lantai dan dipijak sehingga tiba di ibu pejabat polis Kota Setar.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, 6 November lalu di Taman Arowana, Alor Setar.
“Memang tak patut buat macam itu. Saya tidak terlibat. Kalau saya terlibat, saya boleh terima masalah, saya tidak terlibat. Kecederaan tangan, paha. Hendak buat kerja pun susahkan ,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Zul Farhan berkata keesokan hari, dia dibawa polis ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari.
Kerana merasa kesakitan, dia meminta untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah kulitnya menggelembung, namun tidak dibenarkan.
Selepas beberapa hari di rumah, keadaan luka bertambah serius sehingga menyebabkan kulit terkena jangkitan kuman, merebak dan bernanah.
Bagi ibu mangsa, Jamaliah Saad, 50, selepas melihat keadaan anaknya, dia pergi membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati anaknya dipukul secara keterlaluan.
Katanya kecederaan yang dialami anak kedua dari empat beradik itu terlalu teruk dan mahu polis menyiasat mengenai kejadian itu.
“Sebagai ibu, saya memang kesal, kecewa, sangat sedih sangat apa yang berlaku dekat anak saya. Saya harap pihak yang bertanggungjawab tolonglah buat yang terbaik. Jangan sampai teraniaya. Kami tidak mahu terjadi pada orang lain selepas ni,” kata Jamaliah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya akan membuat siasatan terperinci mengenai dakwaan itu.
Astro Awani
Sun Dec 04 2016
Jamaliah Saad, 50, menunjukkan luka di bahagian peha anaknya, Muhammad Zul Farhan Zulkifli, 23, ketika ditemui di kediamannya di Alor Merah hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Mekanik dakwa dicederakan dengan teruk oleh anggota polis
Seorang mekanik mendakwa dipukul beberapa anggota polis sehingga mengalami kecederaan serius selepas dia dipanggil untuk membantu siasatan kes.