awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut digilis jentolak

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2022
02:40 MYT
Mekanik maut digilis jentolak
Lokasi insiden yang menyebabkan mangsa digilis jentolak di sebuah tapak lombong bijih besi di Bukit Besi, di Dungun pada petang Khamis. Gambar kecil: Kong Hon Meng - Foto Sinar Harian
DUNGUN: Seorang mekanik maut digilis jentolak ketika sedang membaiki jentera berat itu dalam kejadian di sebuah tapak lombong bijih besi di Bukit Besi, di sini pada petang Khamis.
Insiden berlaku kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan mangsa, Kong Hon Meng, 63, yang beralamat di Negeri Sembilan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berada di atas roda berantai jentolak (buldozer) itu berseorangan ketika sedang membaiki jentera berat itu.
"Siasatan mendapati insiden itu berlaku ketika mangsa cuba menghidupkan jentera itu menggunakan 'jumper', namun ia tiba-tiba hidup lalu bergerak ke hadapan.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke tanah lalu digilis oleh jentera terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Menurut Baharudin, beberapa rakan mangsa yang menyedari insiden itu bertindak memberhentikan jentera tersebut.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mekanik
#maut
#digilis
#jentolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan