awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik rugi RM170,000, didakwa terlibat jenayah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2021
03:25 MYT
Mekanik rugi RM170,000, didakwa terlibat jenayah
Mangsa kemudian telah mendedahkan dua maklumat akaun bank miliknya kepada suspek dan menyebabkan wang simpanan lebih RM170,000 lesap.
KUANTAN: Seorang mekanik kerugian lebih RM170,000 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam selepas terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat jenayah berkaitan pengubahan wang haram pada Isnin.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 62 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis ketika berada di rumahnya di Kampung Paya, di sini.
Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa telah terlibat dalam pengubahan wang haram dan diminta supaya membuka satu akaun bank bagi tujuan siasatan.
"Mangsa menuruti arahan suspek dan memindahkan wang RM520,000 ke dalam akaun bank tersebut.
"Selepas itu, mangsa telah menghantar gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) pada bahagian depan dan belakang miliknya kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Wazir menjelaskan, mangsa kemudian telah mendedahkan dua maklumat akaun bank miliknya kepada suspek dan menyebabkan wang simpanan lebih RM170,000 lesap.
Susulan itu, Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan, selepas menyemak semula akaunnya pada Rabu.
"Modus operandi yang digunakan suspek dengan menyamar sebagai pegawai polis serta meminta mangsa mendedahkan maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan penipuan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#rugi
#jenayah
#mekanik
#Macau Scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan