awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme baharu tangani penyelewengan LPG akan diperkenal - Hamzah

Bernama
Bernama
13/06/2016
00:36 MYT
Mekanisme baharu tangani penyelewengan LPG akan diperkenal - Hamzah
HAMZAH: Pihak kementerian akan tangani dan perangi habis-habisan sindiket ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan beberapa mekanisme baharu bagi membanteras isu ketirisan penjualan tong gas petroleum cecair (LPG).
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mekanisme itu hanya akan diumumkan selepas diluluskan oleh Kabinet tidak lama lagi.
"Saya telah memikirkan satu mekanisme baharu supaya selepas ini kami tidak akan beri peluang sindiket (penjualan LPG) ini melakukan keuntungan yang besar.
"Sebenarnya kepentingan yang kami berikan adalah untuk membantu rakyat tetapi sindiket yang mereka lakukan ini semata-mata untuk mencari keuntungan yang besar dalam tempoh jangka pendek," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Pengguna Bersama KPDNKK di sini pada Ahad.
Hamzah mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini mengenai sindiket penyelewengan bahan bersubsidi, khususnya LPG, terus berleluasa di negara ini.
Laporan akhbar itu menyebut amalan rasuah termasuk membocorkan maklumat operasi dan kutipan bulanan oleh sesetengah anggota agensi penguat kuasa didakwa menjadi punca penyelewengan LPG terus berleluasa.
Kejadian itu mewujudkan kebimbangan kerugian lebih RM880 juta akibat penyelewengan LPG tahun lepas akan berulang pada tahun ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata pihaknya telah menahan beberapa anggota sindiket sejak tahun lepas dengan jumlah rampasan LPG melebihi RM20 juta.
"Kami akan tangani dan perangi habis-habisan (sindiket ini) kerana kumpulan inilah yang menyebabkan persepsi seolah-olah kerajaan tidak melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat penting," katanya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#isu ketirisan
#KPDNKK
#LPG
#petroleum cecair
#sindiket penjualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan