awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar diputuskan bulan ini, 3 kaedah dipertimbang - Rafizi

Bernama
Bernama
06/11/2023
06:10 MYT
Mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar diputuskan bulan ini, 3 kaedah dipertimbang - Rafizi
Rafizi berkata, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem PADU dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan berbincang dan memutuskan mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar pada bulan ini dan dijangka dilaksanakan selepas Mac 2024, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata setakat ini, tiga kaedah dipertimbangkan bagi pemberian subsidi bersasar iaitu mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih kepada individu menerusi pendekatan perlindungan sosial; isi rumah melalui pendekatan hibrid iaitu perlindungan sosial dan bantuan sosial serta isi rumah dan individu menggunakan kaedah kad subsidi.
Malah, katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan.
"Mengikut keputusan sekarang, PADU akan hanya dibuka pada Januari 2024 dan tempoh masa untuk rakyat mengemaskini serta mengesahkan maklumat dalam PADU adalah selama tiga bulan," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme subsidi bersasar berkenaan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Rafizi berkata perancangan setakat ini adalah untuk memastikan keseluruhan keputusan, sistem, kaedah telah disusun sewajarnya sebelum Jemaah Menteri memutuskan tarikh sebenar pelaksanaannya.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kadar atau jumlah subsidi bersasar berkenaan akan mengambil kira beberapa faktor semasa termasuk unjuran ekonomi sewaktu diputuskan serta faktor lain.
"Kita tak nak sebut awal (mengenai kadar dan jumlah) kerana akan menyebabkan spekulasi inflasi...(maklumat ini) akan dijelaskan secara berperingkat," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi bersasar
#kaedah pemberian subsidi
#Rafizi Ramli
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan