awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mel rakyat: Enam juta surat eratkan silaturahim di seluruh Malaysia

Bernama
Bernama
04/10/2021
20:15 MYT
Mel rakyat: Enam juta surat eratkan silaturahim di seluruh Malaysia
Bermula 7 Okt ini, lebih enam juta pucuk surat dengan bayaran pos telah dijelaskan akan tiba di setiap alamat kediaman di seluruh negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sempena Hari Pos Sedunia 2021 dan seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pos Malaysia kini menggalakkan semua rakyat agar kekal berhubung dan menghantar 'sepucuk surat' secara percuma kepada setiap keluarga untuk diposkan kepada orang yang disayangi.
Bermula 7 Okt ini, lebih enam juta pucuk surat dengan bayaran pos telah dijelaskan akan tiba di setiap alamat kediaman di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer berkata pelancaran kempen khas Mel Rakyat di bawah tema 'Honouring Our Past, Connecting Our Future' bertujuan membantu semua rakyat Malaysia berhubung semula dengan rakan dan keluarga mereka serta orang tersayang.
"Kami tahu betapa sukarnya keadaan sejak 20 bulan lepas untuk kebanyakan orang, dan betapa sulitnya untuk bertemu satu sama lain serta kekal berhubung.
"Hubungan yang bermakna amat penting untuk kesihatan emosi kita, kesedaran berkomuniti dan kesejahteraan secara keseluruhan.
"Kami ingin menggalakkan anda untuk menulis surat kepada rakan dan keluarga anda serta orang tersayang dan memberitahu mereka betapa bermaknanya mereka kepada anda.
"Pos Malaysia mahu semua orang selamat dan kekal berhubung dengan orang yang penting dalam hidup mereka," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata rakyat Malaysia boleh menghantar Mel Rakyat dengan disertai mesej, coretan atau kata-kata romantis untuk sesiapa sahaja dan di mana sahaja di dalam Malaysia serta memasukkannya ke dalam mana-mana kotak pos merah Pos Malaysia atau menyerahkannya kepada posmen tanpa perlu menyertakan setem.
Brewer turut menzahirkan penghargaan kepada 20,000 pekerja Pos Malaysia yang terus berkhidmat dengan cemerlang serta rakyat Malaysia atas sokongan berterusan mereka.
Selain itu, katanya Pos Malaysia Berhad menggalakkan orang ramai berkongsi cerita, foto dan video yang menyaksikan mereka menghantar atau menerima Mel Rakyat menggunakan tanda pagar #TerusBerhubung #KeepingYouConnected #KeluargaMalaysia atau tag Pos Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Mel rakyat
#Keluarga Malaysia
#Charles Brewer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan