AYER KEROH: Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk memperluaskan tanaman cili di negeri itu sekali gus mewujudkan satu jenama cili baharu iaitu ‘Cili Melaka’.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri menerusi Yayasan Melaka sedang mengusahakan tanaman cili jenis ‘grasi’ di tanah seluas 6.8 hektar di Bandar Hijau, di sini.
Katanya, penjenamaan itu berikutan permintaan cili dalam dan luar negara kini semakin meningkat memandangkan tanaman itu mempunyai pelbagai fungsi lain dan bukan sahaja sebagai makanan.
Beliau berkata, ia juga sinonim dengan jolokan 'Negeri Asam Pedas' yang berasaskan masakan cili yang mana penjenamaan itu juga sebagai salah satu strategi memperkukuhkan jenama Melaka sebagai negeri pelancongan.
Selain itu, sekiranya pemasaran ‘Cili Melaka’ dapat diperhebatkan, tidak mustahil untuk negeri berkenaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang pertanian moden.
“Cili ini baru saya tahu jika lama-lama boleh kita buat cili kering atau serbuk cili. Kemudian ekstraknya boleh jadikan wangian. Ini peluang yang sebenarnya, dalam tempoh ini, saya kata semua orang boleh ambil dan rebut peluang untuk bertani.
“Saya sarankan terutamanya kepada golongan muda di luar sana dan mereka yang terkesan daripada COVID-19 ini agar merebut peluang. Ada tanah-tanah yang terbiar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Cili Menggunakan Teknologi Hijau dikenali sebagai GrasiCili di Bandar Hijau, di sini hari ini.
Menerusi projek ladang kontrak itu, ujar beliau, Melaka mampu menjadi antara pengeluar cili utama negara bersama negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Jelasnya, projek itu juga mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri hiliran seperti kilang serbuk cili, kilang produk kesihatan berasaskan cili dan bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Selain itu, tambahnya projek terbabit bakal menjadikan kawasan berkenaan berstatus Taman Pertanian atau Agro Park selain mampu memberi peluang perniagaan dan model pertanian baharu kepada golongan muda di negeri berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Feb 23 2021

Sulaiman sewaktu mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Cili menggunakan teknologi hijau di Bandar Hijau, Ayer Keroh pada Selasa. - Foto Astro AWANI

Hari Komanwel | Komitmen Malaysia kepada negara Komanwel lain
Malaysia komited untuk berganding bahu dengan negara-negara Komanwel lain dengan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan. Wisma Putra dalam perutusan sempena hari komanwel 2021, 8 Mac, menyatakan, bidang keutamaan itu terdiri daripada langkah mempromosi tadbir urus baik, menangani kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Bidang utama lain termasuk pembangunan lestari, isu-isu alam sekitar, belia, pendidikan serta pemerkasaan wanita.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ikuti ucaptama oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Ikuti ucaptama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas memandangkan golongan berkenaan masih terbelenggu dengan beberapa isu meskipun pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh wanita.

Pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR)
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia akan melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital
Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital dalam bidang e-dagang atau dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 orang penerima yang berkelayakan.

Mesra pengguna, pensyarah muda cipta telekung khas untuk golongan OKU
Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi praktikal, versatile dan keselesaan.

#ChoosetoChallenge: Wanita kental redah samudera gagah
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menjadi wanita pertama diangkat menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah.

AWANI Ringkas: COVID-19 | Kes jangkitan dan kematian global meningkat

Niaga AWANI: Wanita dalam Sektor Kewangan, kepimpinan dan keterangkuman
Pada Julai 2020, laporan McKinsey Global Institute menjangka pekerja wanita lebih 1.8 kali terdedah kepada risiko dibuang kerja berbanding lelaki di tengah COVID-19. Dalam masa yang sama, wanita dilapor mewakili 39% pekerjaan global namun 54% dari segi jumlah dibuang pekerjaan akibat COVID-19. Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Wanita dalam Kepimpinan, Mencapai Masa Depan yang Saksama dalam Dunia COVID-19 diangkat sebagai tema. Kita ingin membincangkan kesan pandemik COVID-19 kepada wanita dan bagaimana wanita dalam kepimpinan sektor kewangan boleh mengurangkan jurang ini bersama, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, UOB Malaysia Ng Wei Wei.

Melaka mulakan Program Imunisasi COVID-19, Ketua Menteri individu pertama disuntik
Sulaiman antara 1,097 individu, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 itu.

Melaka terima 8,190 dos vaksin COVID-19
Vaksin yang dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat itu diiringi dengan lebih tujuh kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MKN tolak permohonan rentas daerah di Melaka
Majlis Keselamatan Megara (MKN) menolak permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk membenarkan aktiviti rentas daerah di negeri itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Melaka bakal jenamakan 'Cili Melaka'
Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk memperluaskan tanaman cili di negeri itu sekali gus mewujudkan satu jenama cili baharu iaitu Cili Melaka.

Melaka salur RM43,200 kepada pengayuh beca
Kerajaan Negeri Melaka menyalurkan insentif berjumlah RM43,200 kepada 216 pengayuh beca yang aktif di negeri ini bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-1

Jaga baik-baik hubungan yang ada, rakyat dah 'jijik' - Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, beliau percaya rakyat sudah mula jijik dengan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

Ab Rauf Speaker DUN Melaka baharu
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Speaker DUN sebelum ini, Datuk Omar Jaafar yang dilaporkan enggan melepaskan jawatannya terpaksa akur.

PKPB: Melaka tidak benarkan aktiviti sukan, makan di premis
Kerajaan negeri Melaka tidak membenarkan sebarang aktiviti sukan dan makan di premis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksana hari ini.

Sungai Melaka bertukar jernih kehijauan sejak PKP
Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.