JASIN: Melaka akan membangunkan aplikasi 'Pertanian Pintar' menerusi Jabatan Pertanian negeri bagi membantu petani, pekebun kecil dan industri hiliran memasarkan hasil, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, projek yang melibatkan peruntukan RM2.5 juta itu, kini sedang menunggu kelulusan kerajaan Persekutuan dan dijangka dilancarkan tahun depan.
"Ini merupakan projek perintis di Melaka yang dilihat apabila ia berjaya dilaksanakan, boleh menjadi contoh kepada negeri lain dan untuk permulaan kita menyasarkan seramai 1,200 orang akan berdaftar di bawah aplikasi ini.
"Inisiatif ini juga telah dipanjangkan kepada pengetahuan Timbalan Menteri Kewangan lI, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sesi libat urus dengan kerajaan negeri pada bulan lalu yang turut menyambut baik hasrat tersebut," katanya kepada pemberita di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selandar, di sini, pada Sabtu.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan dan Pengarah Pertanian negeri Rozli Azizi Talib.
Dr Muhamad Akmal berkata, aplikasi itu akan membantu golongan petani memasarkan hasil secara terus kepada pengguna dan membolehkan mereka meraih keuntungan lebih tinggi.
Katanya, aplikasi itu juga merupakan platform pesanan dan penghantaran dalam talian iaitu pengguna boleh mencari dan memesan hasil pertanian secara terus daripada petani berdekatan dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran.
"Jika pelaksanaan aplikasi Pertanian Pintar ini berjaya, kita akan memperluaskan lagi penggunaan aplikasi tersebut bagi sektor penternakan dan perikanan untuk mereka bersama memanfaatkan teknologi.
"Hari ini kita perlu menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mengurangkan bebanan golongan itu seperti masalah lambakan produk pertanian dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM10.6 juta peruntukan disalurkan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi bantuan input pertanian merangkumi peralatan jentera kecil dan lain-lain seperti baja kimia, baja organik, racun kulat serta racun rumpai.
Katanya, bantuan itu bertujuan mengalakkan lebih ramai lagi menceburi bidang tersebut bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di negeri ini, selain menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Dr Muhamad Akmal berkata aplikasi itu akan membantu golongan petani memasarkan hasil secara terus kepada pengguna dan membolehkan mereka meraih keuntungan lebih tinggi. - Gambar fail/Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Melaka bangunkan aplikasi 'Pertanian Pintar' elak bergantung orang tengah
Projek yang melibatkan peruntukan RM2.5 juta itu, kini sedang menunggu kelulusan kerajaan Persekutuan dan dijangka dilancarkan tahun depan.