awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka jangka raih pendapatan RM30 juta menerusi pasaran pelancong Arab

Bernama
Bernama
08/05/2023
14:54 MYT
Melaka jangka raih pendapatan RM30 juta menerusi pasaran pelancong Arab
Kerajaan negeri menjangkakan pelancong dari Timur Tengah akan meningkat pada tahun hadapan. - Gambar hiasan/Bernama
MELAKA: Melaka dijangka meraih pendapatan RM30 juta dengan kedatangan 6,000 pelancong dari Timur Tengah menjelang akhir tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024, menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Beliau berkata sasaran itu sejajar dengan pelbagai inisiatif memorandum persefahaman (MoU) kerajaan negeri menerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka bersama empat agensi pelancongan dari Timur Tengah hari ini.
Beliau berkata MoU berkenaan bertujuan mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai destinasi pilihan bagi pasaran pelancong dari Timur Tengah sekali gus menarik lebih banyak pengunjung dari negara tersebut.
Menurut Abdul Razak, ia juga dapat meningkatkan kerjasama dan memperluas jaringan pemasaran pelancongan antara ahli MATTA Melaka dengan agensi pelancongan dari Timur Tengah.
"Inisiatif ini (MoU) dilakukan lanjutan daripada penyertaan Melaka di Arabian Travel Market 2023 yang berlangsung pada 30 April hingga 4 Mei lepas di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Justeru, kerajaan negeri menjangkakan pelancong dari Timur Tengah akan meningkat pada tahun hadapan kerana pelbagai pakej dan promosi pelancongan menarik ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penandatanganan MoU berkenaan,
Sementara itu, Pengerusi MATTA Melaka Goh Hock Gin berkata menerusi MoU itu, pelancong dari Timur Tengah dijangka menginap sekurang-kurangnya satu malam di Melaka berbanding setengah hari ketika ini.
Beliau berkata pelancong Timur Tengah juga akan didedahkan dengan budaya pelbagai kaum di Melaka yang menjadi satu daripada tarikan utama pelancongan selain pelbagai produk pelancongan popular.
"Program pertukaran budaya antara Melaka dan Timur Tengah juga akan dilaksanakan menerusi MoU itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Melaka
#Timur Tengah
#pelancong arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan