MELAKA: Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas berdasarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ini sekali gus merekodkan peratusan pemilikan rumah di negeri itu sebanyak 84.5 peratus, lebih tinggi daripada peratus pemilikan rumah di peringkat nasional iaitu 76.5 peratus.
"Pencapaian ini dipengaruhi oleh dasar perumahan kerajaan negeri yang menetapkan setiap pembangunan perumahan melebihi 10 ekar (kira-kira 4 hektar) perlu membina sekurang-kurangnya 50 peratus komponen rumah mampu milik (RMM).
"Komponen RMM berkenaan meliputi rumah kos rendah pada harga RM70,000, rumah kos sederhana rendah (RM120,000), RMM Impian A tidak melebihi RM180,000 dan RMM B tidak melebihi RM250,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo RMM Melaka 2024 yang turut dihadiri Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Husam Musa dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Murad Husin.
Mengulas lanjut, Rais berkata, peratus pemilikan rumah di negeri itu dijangka terus meningkat hingga 88 peratus menjelang 2030, dengan sekurang-kurangnya 4,191 rumah perlu dibina dalam tempoh setahun.
Beliau berkata, hingga 31 Dis lepas juga, LPM merekodkan pembangunan sebanyak 48,966 RMM di seluruh negeri itu dengan kerjasama pemaju swasta dan kerajaan Persekutuan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula 2020.
"Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 36,898 RMM telah dibangunkan agensi kerajaan negeri dan pihak swasta, manakala 12,068 RMM pula dibangunkan agensi kerajaan Persekutuan seperti Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), SPNB, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).
"Bukan itu sahaja, daripada jumlah tersebut sebanyak 12,464 RMM siap dibina manakala 18,509 RMM sedang dalam pembinaan dan 17,993 RMM telah mendapat kelulusan serta dalam peringkat perancangan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Melaka hanya mencatatkan sebanyak 551 kediaman yang siap dibina tetapi tidak terjual dengan nilai RM283.9 juta dan angka itu jauh lebih rendah berbanding negeri lain seperti di Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Menurutnya, sebahagian besar kediaman tidak terjual itu merupakan jenis kondominium dan apartmen yang berharga melebihi RM300,000 seunit.
Terdahulu, katanya, Ekspo RMM Melaka 2024 yang berlangsung tiga hari bermula hari ini menyasarkan untuk menjual kira-kira 50 peratus daripada 7,368 unit RMM yang ditawarkan dan diskaun hingga RM30,000 terutama bagi rumah belia. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Peratus pemilikan rumah di Melaka dijangka terus meningkat hingga 88 peratus menjelang 2030, dengan sekurang-kurangnya 4,191 rumah perlu dibina dalam tempoh setahun. - Gambar hiasan
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Remaja menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.