awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka komited dukung ekosistem kesihatan responsif

Bernama
Bernama
06/08/2025
01:50 MYT
Melaka komited dukung ekosistem kesihatan responsif
Ab Rauf (tengah) memenuhi permintaan petugas kesihatan untuk bergambar kenangan pada Majlis Sanjungan Budi dan Apresiasi Petugas Kesihatan Melaka 2025, di Melaka, malam tadi. - Gambar Instagram @AbRaufYusoh
MELAKA: Melaka komited untuk terus mendukung ekosistem kesihatan yang responsif dan menyeluruh, kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, komitmen itu termasuk menjaga kebajikan semua petugas barisan hadapan yang menjadi benteng kesejahteraan rakyat.
"Sebagai sokongan berterusan terhadap penambahbaikan perkhidmatan kesihatan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM150,000 khusus bagi pelaksanaan program kesihatan di peringkat negeri.
"Inisiatif itu juga bagi menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) demi kesejahteraan rakyat di negeri ini," katanya berucap pada Majlis Sanjungan Budi dan Apresiasi Petugas Kesihatan Melaka 2025, di sini, malam tadi.
Turut hadir Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad.
Ab Rauf berkata, sebagai langkah proaktif memperkukuh rangkaian kesihatan di peringkat akar umbi, Melaka telah melahirkan sebanyak 1,369 sukarelawan Paramedik Komuniti (Parakom) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Melaka dan Persatuan St John Ambulance.
Beliau berkata, dalam memperkukuh ekosistem kesihatan negeri, kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan dan cabaran sektor kesihatan di negeri itu.
"Sebagai contoh, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM45.49 juta untuk menaik taraf fasiliti kesihatan melibatkan 34 klinik kesihatan, tujuh klinik pergigian, tiga klinik desa dan tiga hospital.
"Selain itu, Melaka juga bakal memiliki Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) bernilai RM325 juta yang dijangka siap pada Januari 2029 dan bakal memberi impak besar kepada sektor kesihatan negeri," katanya.
Terdahulu, sebanyak 2,000 petugas kesihatan di negeri itu daripada pelbagai skim di bawah Jabatan Kesihatan dan petugas kesihatan empat hospital swasta diraikan pada majlis makan malam berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#ekosistem kesihatan
#petugas barisan hadapan
#Agenda Nasional Malaysia Sihat
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan