MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan khas sebanyak RM12 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jalan dalam memastikan penyuraian trafik lebih lancar terutamanya di kawasan tumpuan.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata peruntukan itu juga merangkumi pelaksanaan program 'No Right Turn' di beberapa lokasi dikenal pasti.
"Bagi program 'No Right Turn', setakat ini lima kawasan kita kenal pasti dengan dua dilaksanakan membabitkan persimpangan Stadium Hang Jebat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dan persimpangan Kandang-Duyong.
"Pelaksanaan program di kedua-dua lokasi mula menunjukkan maklum balas positif dan berjaya melancarkan aliran trafik manakala untuk pelaksanaan di kawasan lain memerlukan bajet khas bagi kerja-kerja naik taraf seperti pelebaran jalan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menjadi tetamu pada segmen Apa Khabau YB di Konti Melaka FM di Jabatan Penyiaran Melaka, Jalan Taming Sari di sini.
Mengulas lanjut Hameed berkata pihaknya akan mengenal pasti lebih banyak kawasan yang memerlukan naik taraf jalan khususnya di pintu-pintu masuk negeri itu.
Hal itu katanya melibatkan laluan utama ke bandar bagi melancarkan penyuraian trafik sekali gus memberi kemudahan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Sementara itu, Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau menyasarkan lebih 5,000 orang bakal menyertai Program Masjid Tanah Berselawat Malam Cinta Rasul di Dataran Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram pada Sabtu ini.
Beliau berkata antara pengisian program yang bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam itu termasuk solat berjemaah, bacaan maulid qasidah, ceramah dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Program ini juga akan diserikan dengan penampilan seperti (qari dan imam) Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki selain ceramah oleh pendakwah bebas Ustaz Shamsul Debat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata peruntukan itu juga merangkumi pelaksanaan program 'No Right Turn' di beberapa lokasi dikenal pasti. - Gambar/ Bernama
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Melaka tarik semula gelaran 'Datuk' CEO GISB
Melaka menarik semula penganugerahan Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tiga pertuduhan menggunakan surat kelulusan palsu bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.
Projek pusingan U di Melaka kurangkan kesesakan trafik hingga 50 peratus
Ia dilihat bakal memberikan impak besar terhadap sistem jalan raya lebih lancar dan penyuraian trafik yang efisien.
Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka
Seorang bekas wartawan direman disyaki meminta dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
Muzium Hang Tuah guna teknologi AI papar kisah Hang Tuah
Muzium Hang Tuah yang terletak di Hang Tuah Centre, Duyong mencipta sejarah sebagai muzium pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.