awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka perkenal bas elektrik mulai Januari 2014 - Idris Haron

Bernama
Bernama
16/12/2013
07:21 MYT
Melaka perkenal bas elektrik mulai Januari 2014 - Idris Haron
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (lima, kiri) turun dari bas selepas menaiki serta memandu uji bas yang menggunakan tenaga elektrik. --fotoBERNAMA
Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.
Berbanding penggunaan bas diesel syarikat itu pada masa sekarang, Idris yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.
"Kos permulaan bas elektrik ini agak besar, tetapi saya percaya dengan penjimatan yang kita dapat dengan guna bas elektrik ini akan mendatangkan pulangan jangka panjang kepada kita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai wartawan Bernama, pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.
Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.
Topic Berkaitan
#bas elektrik
#idris haron
#Melaka
#Panorama Melaka Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan