MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka pada Jumaat memperkenal tiga produk baharu dalam usaha memastikan sistem pengangkutan awam di negeri itu sentiasa efisien dan efektif.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata produk berkenaan ialah 'Bus On Demand' dikenali sebagai Kumpool Kasturi, aplikasi ETA GPS Journey Planner dan bayaran tanpa tunai bagi menaiki bas henti-henti yang disediakan oleh Panorama Melaka.
Beliau berkata pengenalan ketiga-tiga produk juga selaras dengan kesiapsiagaan kerajaan negeri untuk menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) sekali gus menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
"Setakat ini, kita menyediakan lapan Kumpool Kasturi yang akan beroperasi di kawasan sekitar Bandaraya Melaka dan ia merupakan perkhidmatan bas pengantara.
"Perkhidmatan ini menggunakan aplikasi pintar berkonsepkan atas permintaan dan tambang yang dikenakan adalah berpatutan serendah RM1 selain kaedah bayaran tanpa tunai," katanya kepada pemberita semalam selepas Program Promosi TMM 2024 dan pelancaran ketiga-tiga produk yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Ab Rauf berkata inisiatif itu telah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat dan jumlah bas pengantara akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau permintaan.
Beliau berkata pengenalan pengangkutan awam itu dilihat dapat memastikan penyuraian trafik di bandar raya, terutama Banda Hilir, menjadi lebih efektif dan lancar.
"Pengguna boleh meletakkan kenderaan di luar kawasan Banda Hilir atau di tempat penginapan masing-masing dan boleh melanggan perkhidmatan ini untuk ke mana-mana destinasi di Bandaraya Melaka," katanya.
Ab Rauf berkata aplikasi ETA GPS Journey Planner pula memaparkan maklumat mengenai tempat menarik, restoran dan kawasan di sepanjang laluan selain promosi pengiklanan, pilihan laluan serta corak trafik kepada pengguna.
Katanya pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan jadual bas henti-henti atau Panorama Melaka selain membeli tiket secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Ab Rauf memperkenalkan kad Panorama Melaka yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai pada Program Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 di Melaka, 15 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Sambutan Aidilfitri MADANI pupuk ukhuwah pemimpin dengan rakyat - Ab Rauf
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 mampu menjadikan rakyat agar mensyukuri nilai kebersamaan dan perpaduan yang dikecapi hingga hari ini.
Pakej Melaka Nightlife rancakkan lagi TMM 2024
Melaka Nightlife merupakan pakej istimewa yang memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung mendapatkan tiket pada harga serendah RM10.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.
Melaka jamin bekalan air mencukupi semasa Aidilfitri - Ab Rauf
Paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.
TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
Melaka sumbang RM100,000 bantu Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah 2024
Konvoi jelajah membabitkan 20 peserta itu dijangka mengambil masa kira-kira 100 hari untuk sampai ke Mekah.