MELAKA: Melaka River Cruise (MRC) menerima kira-kira 10,000 pengunjung dalam tempoh 14 hari selepas sektor pelancongan negeri itu dibuka kepada pelancong tempatan susulan peralihan Melaka ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), mulai 1 Okt lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin berkata pencapaian berkenaan menunjukkan tanda positif bagi mencapai sasaran 200,000 pengunjung sepanjang 2021.
"Pada Khamis (14 Okt) sahaja sebanyak 1,400 pengunjung direkodkan menaiki MRC dan jumlah itu dijangka meningkat pada hujung minggu lebih-lebih apabila rentas negeri telah dibenarkan.
"Kita tidak menyasarkan jumlah pengunjung yang tinggi pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya kerana masih di peringkat pemulihan dan kita berharap rantaian penularan COVID-19 dapat dikawal agar operasi MRC dapat diteruskan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di MRC di sini malam tadi.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM Salman Salim.
Mengulas lanjut, Murad berkata pelbagai perancangan yang tergendala ekoran perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi merancakkan pembangunan MRC dan meningkatkan kunjungan pelancong.
Beliau berkata antara perancangan berkenaan ialah tawaran pakej pit stop melibatkan 14 jeti di bawah projek Fasa Satu Sungai Melaka melibatkan laluan dari Muara Sungai Melaka ke Taman Rempah di sini yang dijangka dilancarkan pada 23 Okt depan.
"Menerusi pakej berkenaan, pengunjung boleh menaiki MRC untuk ke destinasi pilihan mereka di 14 stesen terlibat seperti Kampung Morten, The Shore, Kampung Hulu dan Kampung Jawa menggunakan 'one day access ticket'.
"Secara keseluruhan sebanyak 28 pit stop akan dibina di sepanjang Sungai Melaka melibatkan projek fasa satu dan dua secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata tiket bagi pakej pit stop untuk pelancong tempatan dijual pada harga RM25 bagi kanak-kanak, dewasa (RM40), warga emas dan pelajar (RM30) manakala tiket bagi pelancong asing dewasa dan kanak-kanak masing-masing berharga RM50 dan RM40.
Katanya produk baharu MRC yang akan turut diperkenalkan ialah teksi air atau 'bot loncat-loncat' dalam usaha menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu medium sistem pengangkutan air sekali gus mengangkat Sungai Melaka sebagai ikon pelancongan negeri dan negara.
Murad berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan pengguna bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi selain mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya pada musim cuti sekolah.
"Bagi produk bot loncat-loncat pula, pengguna perlu membeli kad tambang yang boleh ditambah nilai pada bila-bila masa dan tiket bagi setiap stesen adalah berbeza bergantung pada jarak.
"Kita juga akan perkenalkan pakej bot 'everlasting love' untuk pasangan suami isteri yang ingin menikmati keindahan Sungai Melaka dalam suasana romantik," katanya.
Beliau berkata banyak penambahbaikan telah dilaksanakan di sepanjang Sungai Melaka antaranya dari aspek pencahayaan selain pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti tempat makan yang lebih selesa serta mesin jualan tiket di stesen dan pit stop terpilih.
Untuk rekod, sebanyak 800,000 pelancong menaiki bot MRC pada 2019 manakala pada 2018, jumlah berkenaan mencecah lebih 1 juta pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Bot Melaka River Cruise membawa penumpang menyelusuri Sungai Melaka ketika tinjauan di Melaka, malam tadi. --fotoBERNAMA
Mutang Tagal masih dirawat di IJN, jangan sebar spekulasi - Pejabat Speaker
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tawaran masuk percuma: 10 lokasi pelancongan Melaka diserbu
Tinjauan di Zoo Melaka di Ayer Keroh setakat 2 petang tadi mendapati hampir 20,000 pengunjung menyerbu zoo kedua terbesar dalam negara itu.
Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.
Melaka River Cruise terima 10,000 pengunjung dalam tempoh 14 hari beroperasi semula
Pencapaian itu menunjukkan tanda positif bagi mencapai sasaran 200,000 pengunjung sepanjang 2021.
CEO PPSPM nafi terima suapan projek pembekalan bot Melaka River Cruise
Tertuduh Mohd Fariz Mohd Ali, 38 tahun, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Kapal layar elektrik mungkin diguna kurangkan pencemaran Sungai Melaka
Inisiatif itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri hijau dan pintar menjelang 2030.