MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan pembeli projek perumahan kondominium di Bukit Serindit di sini tidak mencapai kualiti sepatutnya.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata perjumpaan bersama pemaju projek kondominium itu juga, akan diadakan dalam masa terdekat bagi melihat isu dibangkitkan pembeli.
"Kita telah menghubungi pihak pemaju projek perumahan berkenaan untuk berbincang berkaitan aduan projek tersebut dan mereka telah bersetuju untuk berjumpa... kita juga akan melawat kondominium berkenaan dalam minggu ini.
"Kerajaan negeri tidak akan mengambil sikap sambil lewa terhadap isu ini dan kita akan menangani aduan pembeli dengan segera... bagi masa untuk saya turun melihat keadaan dan berbincang dengan pemaju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Cabutan Undian Reruai dan Sidang Media Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Melaka 2024 yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif LPM Datuk Murad Husin.
Mengulas lanjut, Rais berkata projek kondominium itu masih dalam tempoh tanggungan cacat dan pemaju perlu bertanggungjawab untuk membaik pulih sebarang kerosakan pada rumah berkenaan, sekali gus menyelesaikan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah yang dibeli.
Sebelum ini, media melaporkan hampir 700 pembeli kediaman di sebuah kondominium berkenaan kecewa, selepas rumah impian mereka bagai 'indah khabar dari rupa' dan berbeza daripada perjanjian asal jual beli yang ditandatangani.
Antara kerosakan yang didakwa pembeli ialah siling tidak sekata, paip senget, tingkap tersekat dan lantai jubin tidak padat, yang disifatkan lebih teruk daripada kualiti rumah mampu milik, sedangkan harga seunit kondominum itu lebih RM250,000.
Dalam perkembangan lain, Rais berkata sebanyak sebanyak 6,941 RMM melibatkan harga keseluruhan lebih RM841.5 juta, ditawarkan kepada pembeli pada Ekspo RMM Melaka 2024, yang akan berlangsung di sebuah pusat beli-belah selama tiga hari bermula 16 Feb depan.
Beliau berkata antara jenis rumah yang dijual ialah Rumah Bahagia (rumah kos rendah), Rumah Sejahtera (rumah kos sederhana rendah), Rumah Mampu Milik Impian A dan B pada harga bermula RM70,000 hingga RM250,000.
"Selain itu, sebanyak 10 peratus daripada 6,941 RMM yang ditawarkan pada ekspo berkenaan ialah Rumah Belia yang menawarkan rebat sehingga RM30,000. Justeru, belia di Melaka diseru merebut peluang untuk membeli Rumah Belia yang dibangunkan di ketiga-tiga daerah di Melaka," katanya.
Rais berkata 17 pemaju, tiga agensi kerajaan dan masing-masing satu institusi kewangan dan perbankan, serta syarikat menjual kelengkapan rumah, terlibat sebagai pempamer pada ekspo tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Rais (dua, kiri) hadir pada Majlis Cabutan Undian Reruai dan Sidang Media Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2024 di sebuah hotel di Melaka, 7 Feb 2024. - Foto Facebook Lembaga Perumahan Melaka
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia
Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat keraja
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Remaja menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.