awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memandu dalam keadaan mabuk, dua lelaki ditahan

Bernama
Bernama
07/03/2020
06:24 MYT
Memandu dalam keadaan mabuk, dua lelaki ditahan
Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sekitar bandar ini semalam (Jumaat).
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata siasatan terhadap lelaki berusia 42 dan 45 tahun itu, mereka mengaku mengambil minuman keras selepas pulang dari tempat kerja dengan alasan mahu menghilangkan penat.
"Tangkapan dibuat kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, yang turut menyatakan kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sehingga laporan kimia dan ujian darah diperoleh.
Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#memandu mabuk
#minuman keras
#Op Mabuk
#Osman Mamat
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan