awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memang tidak boleh potong rumput ketika murid ada - Kementerian Pendidikan

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
07/03/2018
03:21 MYT
Memang tidak boleh potong rumput ketika murid ada - Kementerian Pendidikan
Jika kontraktor tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka akan diambil tindakan. - Foto fail
Tiada kerja penyelengaraan seperti memotong rumput boleh dilakukan ketika pelajar hadir di kawasan sekitar.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
"Perkara ini (kerja penyelenggaraan) memang sudah ada dalam pekeliling sedia ada. Namun, selepas ini, pihak Kementerian Pendidikan akan menilai semula kontrak dengan memastikan hal keselamatan ditepati setiap kontraktor terlibat.
"Jika kontraktor tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, mereka akan diambil tindakan," kata Sin Woon.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan dari Anthony Loke (DAP - Seremban) mengenai tindakan Kementerian Pendidikan untuk mengelak kejadian seperti kes kematian seorang pelajar akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di Negeri Sembilan.
BACA: Pelajar 14 tahun maut terkena pisau pemotong rumput
BACA: Siasatan terperinci kes pelajar maut terkena pisau mesin rumput - Mahdzir
Sementara itu, Sin Woon turut ditanya tentang status kes siasatan terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
"Buat masa ini, siasatan masih dijalankan pihak polis. Jadi sebarang tindakan dari pihak Kementerian Pendidikan hanya akan diambil selepas siasatan selesai," katanya.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#Gemas
#Kementerian Pendidikan
#maut
#mesin rumput
#Negeri Sembilan
#Padang
#pelajar
#penyelenggaraan
#prosedur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan