KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik tirai besi yang menjadi "kediaman" mereka yang didapati bersalah di mahkamah atas pelbagai pelanggaran undang-undang, ada yang bakal menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) tidak lama lagi.
Berpegang pada peribahasa "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", Zubir (bukan nama sebenar), 37, membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh banduan sepertinya, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar.
Zubir didapati bersalah membunuh majikannya di sebuah rumah di Selangor ketika berusia 14 tahun dan dikategorikan sebagai tahanan limpah, iaitu mereka yang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati, namun terlepas kerana kesalahan dilakukan semasa berusia bawah 18 tahun.
Mereka dikategorikan tahanan limpah kerana pengampunan atau peringanan hukuman Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri - bergantung di negeri mana kesalahan dilakukan - dipenjarakan tanpa tarikh bebas.
BUKAN PERJALANAN MUDAH
Berkongsi kisahnya dengan Bernama, anak kelahiran Sabah ini berkata dia tidak pernah bermimpi dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi akademik, apatah lagi ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah.
Bagaimanapun menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menanam impian untuk bergelar doktor falsafah selepas berjaya memiliki ijazah sarjana lebih lima tahun lalu.
"Sekarang saya sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan di Open University Malaysia (OUM). Belum tamat pengajian tetapi sudah ada tawaran jadi pensyarah yang menanti," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Menyifatkan apa yang dikecapi hari ini adalah hasil sokongan dan bantuan keluarga, pegawai penjara serta penghuni tirai besi yang lain, Zubir berkata dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 20 tahun selepas peluang itu dibuka oleh pihak penjara bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran.
Dia kemudian menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Menurut lelaki itu lagi, pelbagai ranjau ditempuhinya dalam memburu ilmu terutama dari segi moral apabila ada yang memperlekeh usaha serta cuba menjatuhkan semangatnya.
"Kata mereka, ilmu yang saya dapat ini tidak boleh buat apa-apapun di sini (tidak berguna di penjara). Tetapi saya menolak tanggapan tersebut kerana ini bukan sekadar ilmu untuk diri sendiri, tetapi saya mahu menyumbang kembali kepada orang lain ketika di dalam penjara dengan mengajar mereka.
"Ilmu itu penting, dan kerana dengan adanya ilmu saya mampu mengubah corak pemikiran dan persepsi saya terhadap sesuatu perkara.
"Dari perspektif yang lebih luas, saya boleh membantu banduan lain yang ingin menyambung pelajaran dan bertekad menyumbang lebih lagi, terutama kepada masyarakat, sekiranya saya dibebaskan kelak," katanya, menambah, dia tidak dapat meneruskan pengajian lebih awal disebabkan oleh masalah kewangan keluarga.
UBAH PERSEPSI MASYARAKAT
Bercerita lanjut, disebabkan oleh kedudukannya sebagai banduan selain pelbagai syarat ketat yang ditetapkan oleh kebanyakan universiti, dia hampir berputus asa untuk menyambung pengajian selepas tamat STPM.
"Pihak penjara berusaha mencari universiti yang sesuai dari segi syarat yang boleh dipatuhi dan mudah akses. Dalam banyak-banyak universiti, OUM menawarkan kursus-kursus yang berkaitan.
"Ketika di peringkat sarjana muda, sebuah pertubuhan bukan kerajaan berkaitan mualaf menaja pengajian saya. Selepas itu, ada seorang individu yang bermurah hati menaja pengajian ijazah sarjana saya dan untuk peringkat PhD pula, OUM menaja 90 peratus yuran pengajian dan selebihnya saya perlu cari sendiri.
"Saya amat berterima kasih kepada OUM kerana memberikan peluang ini yang merupakan satu penghargaan buat kami (banduan) dalam mencari sinar baharu kehidupan selepas keluar dari penjara nanti," katanya.
Sementara itu, hasrat mengubah persepsi masyarakat terhadap bekas banduan selain impian memiliki syarikat sendiri menjadi pendorong kuat Vikram (bukan nama sebenar) untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD.
"Itu tujuan sebenar saya memilih menyambung pengajian hingga peringkat sarjana dalam pentadbiran perniagaan di OUM. Saya mahu ubah stigma bekas banduan yang sering dipandang negatif oleh masyarakat, selain membuktikan kepada orang di luar sana bahawa kami juga dapat belajar hingga ke peringkat tinggi.
"Ijazah yang diterima juga akan dijadikan batu loncatan untuk saya menubuhkan syarikat sendiri apabila keluar kelak," katanya lelaki berusia 30-an itu yang berhasrat menawarkan perkhidmatan membantu orang ramai memulakan perniagaan sendiri.
"Saya harap dapat menyambung pengajian dalam bidang sama di peringkat PhD sebelum hukuman saya di penjara ini tamat," katanya yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana kesalahan menculik.
Dia yang bertekad memulakan hidup baharu selepas dibebaskan kelak juga berazam membalas jasa keluarga yang banyak menyokongnya termasuk menanggung kos pengajian.
OUM BUKA PELUANG UNTUK SEMUA
Sementara itu, mengulas tentang banduan yang mahu menyambung pengajian di peringkat tinggi, Pengarah Penjara Kajang Mohd Roslen Ramli berkata pihaknya sentiasa memberi galakan kepada golongan berkenaan untuk berbuat demikian, demi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas tamat hukuman.
"Di Penjara Kajang sendiri terdapat lebih 10 orang banduan sedang menyambung pengajian, merangkumi peringkat diploma hingga PhD, iaitu satu perkara yang positif agar mereka dapat merancang kehidupan pada masa depan.
"Mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain menjadikan diri mereka lebih bersifat terbuka, sekali gus menjauhi gejala negatif yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Naib Canselor OUM Prof Dr Ahmad Izanee Awang berkata universiti tersebut menawarkan peluang kepada banduan di Penjara Kajang menyambung pengajian sejak 2008.
Katanya OUM juga sedang bekerjasama dengan dua buah universiti kampus cawangan di Pahang dan Sabah untuk tujuan sama.
Menurut beliau, ini seiring dengan moto OUM, iaitu 'Universiti Digital untuk Semua' yang bermaksud "tidak kira apa latar belakang pelajar, di mana mereka berada, apakah pekerjaan mereka, asalkan ingin menuntut ilmu dan mahu berjaya, pihak universiti akan menerima mereka sebagai pelajar termasuklah penghuni penjara".
"Pada masa ini, kelayakan akademik amatlah penting dalam menentukan kerjaya masing-masing. Berbekalkan kelayakan akademik, peluang para banduan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik akan menjadi lebih cerah apabila mereka selesai menjalani hukuman," katanya.
Bagaimanapun kata Ahmad Izanee, ada syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara sebelum membenarkan banduan menyambung pengajian.
"... dan di OUM, mereka ini diberi kemudahan yang sama seperti pelajar lain tetapi mesti berada di bawah pengawasan ketat pihak berkuasa penjara," ujarnya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh sesorang banduan, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar. - Gambar hiasan/BERNAMA
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.