KUALA LUMPUR: Pengeluaran wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan satu konsep pinjaman, walaupun berbeza dari pinjaman dari bank atau institusi kewangan.
Pengarah Ekonomi Perdana Menteri, Shahril Hamdan berkata, perbezaannya ialah KWSP merupakan pinjaman dari masa depan sendiri.
"Semua maklum bahawa pinjaman dari bank atau institusi seperti Tekun perlu dibayar semula. Dalam kes ini, hanya perlu bayar semula amaun pokok sahaja sebab tiada caj faedah.
"Namun, pengeluaran KWSP juga adalah konsep meminjam iaitu meminjam dari masa depan sendiri. Kosnya ialah lima atau enam peratus setiap tahun, iaitu pendapatan dividen KWSP setiap tahun.
"Jika kita keluarkan RM10,000, dalam masa lima tahun sahaja sudah rugi hampir RM3,000 kerana terlepas pendapatan dividen yang dikompaun dari tahun ke tahun.
"Dalam masa 10 tahun, hampir RM7,000 pendapatan yang sepatutnya ada, sudah tiada," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Situasi ini berbeza dengan suntikan dana fiskal seperti BR1M, Bantuan Khas COVID-19 (BKC), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau bantuan banjir yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
"Soal sama ada kerajaan patut membenarkan lagi pengeluaran (KWSP) setelah hampir RM20 ribu melalui skim-skim sebelum ini sudah dibahaskan dan dijelaskan dari sudut makro.
"Tetapi dari sudut individu itu sendiri yang memerlukan suntikan wang, pada perkiraan secara objektif, lebih untung mengambil pinjaman sifar faedah dan pelihara simpanan KWSP serta pendapatan tahunan itu.
"Atas logik yang sama, ramai orang sanggup ambil pinjaman bank untuk memenuhi akaun Amanah Saham (ASB) kerana lazimnya dividen ASB lebih tinggi dari bayaran faedah pinjaman.
"Dalam hal pinjaman BSN dan Tekun lebih jelas lagi kerana faedah sifar," katanya lagi.
Kerajaan pada Jumaat mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi meringankan beban mereka yang terjejas dalam bencana itu.
Ismail Sabri berkata, lima insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.
Ia adalah usaha untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP.
Madiha Abdullah
Sat Jan 01 2022
Mengeluarkan wang simpanan KWSP merupakan pinjaman dari masa depan sendiri. - Gambar fail/Astro AWANI
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.