awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memo gangguan ubat di HRPB untuk edaran dalaman bagi persediaan awal

Bernama
Bernama
07/08/2021
06:02 MYT
Memo gangguan ubat di HRPB untuk edaran dalaman bagi persediaan awal
Memo berkenaan dikeluarkan untuk edaran dan makluman Ketua Jabatan HRPB Ipoh sahaja berkaitan gangguan ubat-ubatan di peringkat global. - Bernama
IPOH: Memo gangguan bekalan stok ubat akibat wabak COVID-19 dikeluarkan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang tular, adalah memo dalaman untuk persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang bagi mengatasi masalah gangguan bekalan ubat.
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata, memo berkenaan dikeluarkan untuk edaran dan makluman Ketua Jabatan HRPB Ipoh sahaja berkaitan gangguan ubat-ubatan di peringkat global dalam mengelakkan putusnya perawatan pesakit.
"Permintaan penggunaan ubat yang tinggi untuk rawatan pesakit COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan sebahagian besar ubat-ubatan untuk rawatan COVID-19 meningkat secara mendadak sejak Mei lepas, iaitu dalam kadar enam hingga 11 bulan peningkatan kuantiti penggunaan daripada kebiasaan.
"Bagaimanapun, bekalan ubat-ubatan ini tidak terputus sepenuhnya, sebaliknya dibekalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan perolehan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malek berkata pihak hospital komited bagi memastikan situasi ini dipantau berterusan dan sebarang isu diselesaikan dengan sebaiknya.
"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini seperti membuat perolehan darurat, bekerjasama dengan pembekal-pembekal kontrak untuk mencari sumber-sumber alternatif dan berbincang dengan Ketua Pakar Penyakit Berjangkit berhubung ubat-ubat alternatif lain yang dapat digunakan untuk memastikan kesinambungan rawatan kepada pesakit dapat diteruskan," katanya.
Isu mengenai memo HRPB berkenaan telah tular dan disiarkan sebuah portal media dalam talian pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#HRPB
#Ipoh
#memo dalaman
#gangguan bekalan
#ubat
#media sosial
#Tular
#rawatan
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan