KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan Tanah Air hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang menularkan satu klip video yang mengajak orang ramai agar berhimpun di hadapan Istana Negara pada 24 Ogos depan bagi menghantar Memorandum Bebas Najib.
Menurut Ketuanya, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif, perhimpunan itu disifatkan sebagai menghina institusi kehakiman serta mampu mengganggu gugat ketenteraman awam.
"Pada hari ini kami Pemuda Gerakan Tanah Air telah membuat satu laporan polis berkenaan isu itu dan mohon PDRM tangkap dan tahan sesiapa sahaja terlibat dalam penghinaan institusi penghakiman, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Seperti kita tengok hari ini... sangat bebas di media sosial dan ceramah awam. Kami daripada Pemuda Gerakan Tanah Air telah meneliti satu video daripada aplikasi TikTok yang telah tular melalui akaun 'Berita Kini 8' yang disampaikan oleh Syed Imran.
"Kami mendapati terdapat salah laku berdasarkan kenyataannya iaitu Datuk Seri Najib dizalimi dan ditindas kiri dan kanan seperti negara Malaysia ini umpama negara Israel," jelasnya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.
Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan dalam klip video terbabit didakwa telah memperlekeh kewibawaan hakim serta sistem mahkamah yang menjalankan proses kehakiman mengikut lunas undang-undang negara.
"Dia (individu dalam video) juga kita lihat telah melakukan jenayah dengan menghina kemuliaan mahkamah dan mengkritik proses penghakiman yang dilaksanakan barisan hakim khususnya kepada Ketua Hakim Negara yang tiada peluang untuk membela diri.
"Penghinaan kepada proses penghakiman ini, lebih-lebih lagi yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara, oleh mana-mana individu, boleh disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," tegasnya lagi.
Justeru, ujar Nasrul Ali, laporan dibuat bagi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan mahupun menahan mana-mana individu yang menganjurkan perhimpunan berkenaan.
"Seruannya untuk berhimpun pada 24 Ogos 2022 jam 2 petang di Istana Negara dengan mengajak dan menghasut orang awam beramai-ramai dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman awam.
"Lebih-lebih lagi ia melibatkan kawasan Istana Negara dan perbuatan ini adalah untuk mempengaruhi keputusan mahkamah secara tidak adil, serta boleh mencalar ketelusan proses penghakiman yang sedang berlangsung.
"Kami menggesa pihak PDRM untuk lakukan siasatan, menahan dan mendakwa sesiapa sahaja tidak kira darjat dan keturunan termasuk pemimpin kanan UMNO yang telah menggunakan media untuk menghasut, memfitnah dan sebar kebencian terhadap mahkamah dengan membawa mesej salah...
"... iaitu menghina dan mencabar kemuliaan mahkamah dengan mengggunakan orang awam dengan niat yang boleh disifatkan sebagai penghianatan kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu," jelasnya lagi.
Terdahulu, beliau bersama beberapa pimpinan Pemuda Gerakan Tanah Air membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada petang Isnin.
Fareez Azman
Mon Aug 22 2022
Nasrul Ali Hassan bertemu wartawan dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin. - Facebook Polis Dang Wangi
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Memorandum Bebas Najib: Hina institusi kehakiman, Pemuda Gerakan Tanah Air buat laporan polis
Pemuda Gerakan Tanah Air hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang menularkan satu klip video mengajak orang ramai agar berhimpun dihadapan Istana Negara pada 24 Ogos depan