KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa.
Menurut Daim, dakwaan yang tidak berasas itu sudah dibincangkan bersama peguam beliau dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil pada masa yang sesuai.
"Perbincangan sudah diadakan dengan peguam saya dan tindakan undang-undang akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Ahli perniagaan berusia 85 tahun itu, sekeras-kerasnya menafikan beliau dan keluarganya terlibat dalam apa-apa aktiviti rasuah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya, beliau menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berbentuk a political witch-hunt atau kempen politik yang mensasarkan diri beliau dan keluarganya.
Sehubungan itu, Daim turut mendakwa SPRM, sebelum ini, tidak pernah memaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa berkait dengan diri beliau atau pun keluarganya meskipun persoalan itu pernah dibangkitkan secara bertulis kepada badan penguatkuasaan terbabit.
"Tiada penjelasan, dan saya boleh mendedahkan surat yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ... beliau enggan memaklumkan kesalahan yang disiasat," jelas Daim.
Namun, Daim turut mendedahkan, terdapat usaha untuk mencemarkan nama beliau dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas terhadapnya.
"Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa pelantikan atau lanjutan tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya adalah di tangan Perdana Menteri," ujarnya.
Daim turut mendakwa, tindakan Azam membuat komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenai dirinya sebagai tidak profesional dan mencurigakan memandangkan siasatan masih lagi berjalan.
"Sebagai ketua badan penguatkuasa, Azam Baki seharusnya bertanggungjawan ke atas sekumpulan 'sumber' yang membocorkan berita-berita mengenai perjalanan siasatan.
"Saya yakin kumpulan yang disebut sebagai 'sumber' itu hanya boleh melibatkan orang dalam," jelasnya.
Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Anwar, 'it is an open secret. Someone had reaped so much wealth', dalam ucapannya pada 22 Disember lalu, Daim menyifatkan ia sebagai sindiran yang tidak berasas yang memberi gambaran beliau sudah bersalah walaupun siasatan sedang berjalan.
"Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan beliau tergugat dengan saya. Malah mendedahkan beliau menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dengan mencampuri urusan siasatan yang sedang berjalan," tambahnya.
Beliau turut mendakwa SPRM tidak pernah mendedahkan kesalahan yang didakwa terkait dengan dirinya meskipun sudah membangkitkan persoalan itu secara bertuls kepada badan penguatkuasaan terbabit untuk penjelasan.
"Tiada penjelasan dan saya boleh mendedahkan surat yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di mana beliau enggan beritahu kesalahan yang disiasat," jelasnya.
Namun beliau mendakwa, terdapat usaha untuk mencemarkan nama beliau dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas terhadapnya.
"Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa pelantikan atau lanjutan tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya tertakluk dalam bidang kuasa Perdana Menteri," tambahnya.
Menurutnya, tindakan Azam membuat komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenai dirinya sebagai tidak profesional dan mencurigakan memandangkan siasatan masih lagi berjalan.
"Sebagai ketua badan penguat kuasa, Azam Baki seharusnya bertanggungjawab ke atas sekumpulan 'sumber' yang membocorkan berita-berita mengenai perjalanan siasatan.
"Saya yakin kumpulan yang disebut sebagai 'sumber' itu hanya boleh melibatkan orang dalam," jelasnya.
Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Anwar, it is an open secret. Someone had reaped so much wealth dalam ucapannya pada 22 Disember lalu, Daim menyifatkan ia sebagai sindiran yang tidak bertanggungjawab kerana dirinya belum terbukti melakukan sebarang kesalahan.
"Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan beliau tergugat dengan saya. Malah, ini turut menunjukkan Anwar telah menyalahguna kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dengan mencampuri urusan siasatan yang sedang berjalan," tambahnya.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini yang merupakan milik keluarga Daim.
Channel News Asia (CNA) yang berpangkalan di Singapura memetik eksekutif kewangan yang rapat dengan Daim sebagai berkata, bahawa rampasan itu dilakukan pada Khamis selepas keengganan Daim untuk menyerahkan petisyen SPRM untuk mengisytiharkan pegangan kewangannya dan keluarganya.
Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.
Daim dan beberapa ahli keluarga antara individu yang didedahkan mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini ICIJ.
Siasatan dipanggil Pandora Papers atau Kertas Pandora itu membabitkan kira-kira 600 wartawan termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian - berdasarkan pembocoran 11.9 juta dokumen sulit daripada 14 syarikat khidmat kewangan di seluruh dunia.
Astro Awani
Thu Dec 28 2023
Daim mendakwa, SPRM tidak pernah mendedahkan kesalahan yang didakwa terkait dengan dirinya meskipun sudah membangkitkan persoalan itu secara bertuls kepada badan penguatkuasaan terbabit untuk penjelasan. - Gambar fail
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
PM Anwar sampai Perutusan Negara 9 malam ini
Perdana Menteri dijangka menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.