KUALA LUMPUR: Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
Abdul Hamid Shaikh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan tersebut melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikat Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Tan, seorang ahli perniagaan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat dan pada tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap dua bulan sekali bermula Mei ini.
“Jaminan dan syarat berkenaan telah dipersetujui kedua-dua pihak (pendakwaan). Kami mohon tarikh sebutan seterusnya pada 2 Jun ini untuk penyerahan dokumen dan permohonan untuk kedua-dua pertuduhan dibicarakan secara bersama pada tarikh akan datang,” katanya.
Peguam Shu Ivy yang mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahkan persetujuan jaminan dan syarat tambahan berkenaan.
"Pihak kami baru sahaja mendapat kertas pertuduhan pada pagi ini, berikutan itu kami perlu mengkaji dahulu pertuduhan sebelum membuat keputusan untuk membantah atau tidak perbicaraan secara bersama,” katanya.
Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Rozina Ayob.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan yang dimohon dan menetapkan 2 Jun untuk
sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan tersebut sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Daki 1,608 anak tangga tuju Menara KL, peserta KLTITC24 lakar sejarah baharu
1,500 peserta dari 15 negara berjaya daki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup Menara Kuala Lumpur, pada ketinggian 292 meter.
Menara KL diterangi lampu warna-warni sempena Hari Kebangsaan Turki ke-100
Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turki sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turki, pada malam Ahad.
Menara KL: Pengarah syarikat didakwa tawar suapan RM7.5 juta untuk Annuar Musa
Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa.
KL Tower International Jump kembali dianjurkan
Selepas tiga tahun peganjuran ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 acara Kuala Lumpur Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) yang memasuki tahun ke-20 tahun ini kembali dianjurkan pada Jumaat.
Isu Menara KL: Tindakan terhadap penyebar maklumat palsu, fitnah
Syarikat berkenaan juga akan berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Digital berhubung perkara itu untuk menjelaskan keadaan.
TM lepaskan konsesi operasi, penyelenggaraan Menara KL bagi tumpukan perniagaan teras
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjelaskan bahawa Menara KL (MKL) adalah milik kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu dijalankan secara konsesi.
Menara KL bakal diterangi cahaya warna-warna sempena sambutan Hari Eropah 2021
Menara KL bakal dihiasi dengan warna dan logo Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad sempena meraikan Hari Eropah 2021.
KLCC, Menara KL 'hilang' dari pandangan
Beberapa mercu tanda di ibu negara 'hilang' daripada pemandangan mata pada tengah hari ini ekoran kualiti udara rendah akibat fenomena jerebu.
Menara KL terus kekal destinasi utama pelancong di ibu kota
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) terus menjadi tumpuan pelancong apabila mencatatkan kira-kira 850,000 pengunjung, melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.
Menara KL sasar 800,000 pengunjung tahun ini
Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan pelbagai aktiviti dan tarikan baharu seperti Sky Box dan Upside Down yang mendapat sambutan menggalakkan selepas dilancarkan Jun lepas.